Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah, suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.
Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.
1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.
Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.
2. Fokus Pada Solusi.
Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.
3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.
Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.
4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.
Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh, jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.
Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa.
dr fadzilah kamsah, motivasi, motivasi untuk wanita, motivasi wanita, petua, tips motivasi, tips motivasi wanita, wanita Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaiMotivasi Kini DotnetMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi KerjaView the Original article
No comments:
Post a Comment