Jika Anda seorang pelajar (pelajar universiti, pelajar kolej, pelajar sekolah menengah atau pelajar dewasa) berikut adalah 2 tips bagaimana untuk menjadi pelajar bersyukur. Tips ni berguna untuk menjadikan diri Anda seorang pelajar bersemangat.
1. Bersyukur kerana Anda diberi peluang menimba ilmu.
Tak semua orang berpeluang belajar di universiti. Kala Anda sedang belajar di dalam kelas, pada masa yang sama ada puluhan ribu orang lain di luar sana berhempas-pulas membanting tulang untuk menyara hidup hingga terpaksa melupakan hasrat untuk belajar (seperti Anda) simply sebab kurang mampu. Jika Anda berpeluang belajar di kolej atau universiti, Anda patut bersyukur sebab Allah beri Anda peluang untuk belajar secara formal, bukannya secara tidak formal tanpa ada sijil diploma mahupun ijazah. Sekurang-kurangnya Anda belajar di dalam sebuah kelas, ada rakan-rakan lain di dalam kelas itu dan ada seseorang mengajar di depan Anda sebagai seorang lecturer. Anda tak perlu belajar dari kegagalan hidup. Anda tak perlu mengharungi kesengsaraan berdepan dugaan untuk mematangkan fikiran menjalani kehidupan. Anda patut bersyukur!
2. Bersyukur kerana Anda diberi peluang mengubah hidup melalui ilmu.
Ilmu dapat mengubah hidup Anda. Dengan kelulusan formal yang Anda perolehi dari universiti, kolej atau institut tempat Anda belajar, Anda berpeluang untuk mendapat kerja yang lebih baik. Pasti dari situ Anda dapat taraf gaji yang juga baik. Selepas itu Anda boleh mengubah hidup Anda – beli rumah, kereta dan berkahwin. Anda patut bersyukur kerana Anda diberi peluang untuk memperoleh semua itu. Ada puluhan ribu orang hidupnya susah daripada Anda. Mereka tak berpeluang menyambung pelajaran seperti Anda, kesannya mereka tak bergaji, terpaksa cari makan dengan berniaga dan terpaksa melupakan hasrat untuk hidup senang seperti Anda simply sebab pendapatan mereka tak menentu.
Syukurilah hidup Anda sekarang ni sebab ada puluhan ribu orang jauh lebih susah hidup mereka daripada Anda, syukurilah hidu Anda sekarang ni kerana hidup pula tak menjadi seperti hidup mereka. Anda kerja dalam ‘air-cond’, mereka pula kerja di bawah kepanasan terik mentari.
Syukurilah hidup Anda sekarang ni sebab ada pulughan ribu orang jauh lebih senang hidup mereka daripada hidup Anda. Anda patut bersyukur sebab Anda berpeluang untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti.
Lihat ke atas, lihat ke bawah.
Lihat ke atas maksudnya perhatikan orang yang lebih berjaya daripada Anda supaya Anda terinspirasi untuk berjaya seperti mereka.
Dalam pada itu ambil pengajaran dari orang yang berada di bawah tahap Anda supaya Anda bersyukur hidup Anda lebih baik daripada hidup mereka dan tak sesusah mana seperti hidup mereka.
Allah menjadikan hidup kita semua berbeza-beza, supaya kita menggali hikmah yang tersirat di dalamnya.
blog motivasi, laman blog motivasi, motivasi, motivasi belajar, motivasi pelajar, motivasi untuk pelajar, tip motivasi, tips motivasi Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaiMotivasi Kini DotnetMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi KerjaView the Original article
No comments:
Post a Comment