Kenapa Anda tak bermotivasi? Sebab Anda tak happy. Penyebab Anda tak bermotivasi ada banyak, tapi yang biasa terjadi adalah dari ketidakhepian Anda. Anda tak hepi, kesannya Anda tak bermotivasi.
Bila Anda rasa seronok, bahagia, gembira, Anda akan bermotivasi. Anda akan rasa bersemangat mahu mencapai sesuatu. Semangat Anda berkobar-kobar. Anda jadi bertenaga.
Motivasi adalah dorongan yang muncul dari 4 perkara, iaitu:
1. Keseronokan ketika melakukan sesuatu.
2. Kemahuan mahu mencapai sesuatu.
3. Keinginan mahu memiliki sesuatu.
4. Keseronokan menikmati sesuatu.
Kenapa orang suka tengok wayang? Sebab mereka rasa seronok ketika sedang dalam proses menonton wayang. Kenapa orang suka marah-marah? Sebab mereka rasa seronok ketika dalam proses menghambur rasa marah. Kenapa orang bercinta? Sebab seronok rasanya ketika sedang bercinta.
Kenapa orang yang sukakan fotografi kerjanya tak ada lain, cuma ambil gambar? Sebab aktiviti mengambil gambar mendatangkan keseronokan kepadanya. Kenapa orang yang suka membaca kerjanya tak ada lain, cuma membaca? Sebab membaca mendatangkan keseronokan kepadanya. Ini adalah contoh-contoh motivasi. Anda akan bermotivasi tatkala Anda rasa seronok.
Untuk Anda naikkan tahap motivasi, rahsianya FEEL GOOD. Feel good hadir apabila Anda rasa seronok atau rasa terhibur. Hadirkan rasa ghairah (seronok yang amat) tatkala melakukan sesuatu atau ketika mahu melakukan sesuatu supaya Anda bermotivasi. People fall in love because they feel good doint it!
Dalam apa jua perkara yang Anda lakukan, fikir cemana Anda nak rasai keseronokan melakukannya. Cari cara cemana Anda leh rasa feel good. Contohnya, ketika Anda sedang mencuci kereta, fikir cara cemana Anda boleh rasa seronok melakukan aktiviti cuci kereta. Cari cara cemana Anda suka mencuci kereta.
Contoh lain, aktiviti memasak. Bagi Anda yang suka memasak, Anda akan faham cemana seronoknya memasak ni. Anda akan rasa seronok memasak ketika Anda sedang menggoncang-goncang masakan dalam kuali di dapur, ketika sedang menyediakan bahan, keitka menunggu masakan Anda siap di masak, ketika melihat rasa puas hati di wajah orang yang memakan masakan Anda. Ibu-ibu dan suri rumah pasti tahu hal ni. Mereka rasa puas hati.
Emosi Anda adalah pencetus motivasi. Jadi, Anda kena mahir kuasai emosi. Mulakan dengan menghadirkan rasa ‘feel good’. Anda akan merasa terinpirasi. Bila sudah terinspirasi, itu petanda Anda bermotivasi.
Cara terbaik untuk elak dijangkiti pemikiran negatif dari orang disekeliling
Cara bagaimana mengatasi stress melalui fikiran
Tips motivasi – 3 sebab dominan kenapa Anda hilang motivasi
Makna cinta pada Allah
2 sebab kenapa Anda tak gembira
5 sikap positif perlu Anda bina pada tahun 2011
Tips motivasi – lakukan yang terbaik bermula dari perkara kecil
View the Original article
No comments:
Post a Comment