Sejak hilang dari blog ini beberapa hari lalu, saya sebenarnya sedang mengikuti kursus di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu. Kursus kali ni sungguh mencabar. Kena bangun awal dan bersukan, berperang dengan rasa mengantuk yang amat kuat, berdepan dengan cabaran menyiapkan tugasan dalam masa terhad. Paling mencabar sekali, cabaran bagaimana untuk memenangi hati rakan-rakan sekumpulan.
Satu-satunya inspirasi saya ketika menjalani kursus adalah dari rasa bersyukur. Saya bersyukur sebab saya dilahirkan sebagai seorang Muslim, saya bersyukur sebab saya diberi peluang belajar perkara baru dari kursus yang saya ikuti, saya bersyukur dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru, saya bersyukur dalam ilmu baru, saya bersyukur saya diberi kekuatan untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari, setiap hari!
Selepas itu, setiap kali bersembahyang, saya merasa tenang sangat sebab saya bersembahyang didorong oleh rasa bersyukur pada Tuhan. Saya berterima kasih pada Allah kerana Dia kurniakan saya peluang untuk memperbaiki diri. Saya merasa amat bertuah sebab Dia beri petunjuk pada diri saya. Dari situ timbul lagi rasa kesyukuran yang amat dalam.
Entah macam mana, saya rasa hepi yang amat sangat. Saya rasa gembira dapat kawan-kawan baru, saya rasa gembira sepanjang program di jalankan. Ketika pembentangan kumpulan, saya dipilih sebagai wakil pembentang. Saya kena berucap di depan.
Inilah kali pertama saya membentang dengan rasa gembira, bukan gemuruh atau malu, semuanya sebab saya rasa gembira dan bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang begitu supportive!. Sebabnya, saya niatkan pembentangan itu sebagai cara untuk saya berbakti kepada kawan-kawan saya. Saya mahu meningkatkan ketaqwaan kepada Tuhan dengan cara berbakti, berbuat baik serta memberi sumbangan.
Selesai pembentangan, saya merasa amat puas hati melihat kegembiraan terukir di wajah kawan-kawan saya setelah selesai membentang. Saya merasa bersyukur melihat mereka begitu gembira!. Saya merasa betul-betul terharu apabila setiap daripada mereka mengucapkan ‘thank you‘. Oh, saat itu sungguh indah sekali.
Jujur dari hati saya merasa sedih tatkala kami semua berpisah. Duduk sekumpulan selama 5 hari menjadikan kami amat rapat. Timbul keserasiani, sedangkan selama ni kami tidak pernah berjumpa.
Dari sinilah saya menyaksikan satu keajaban.
Sikap kita akan jadi daya penarik pada sikap serupa yang ada pada diri orang lain, kesannya Anda akan ditemukan dengan orang memiliki mentaliti serupa dengan Anda.
Apabila Anda berfikiran positif dan sering bersyukur, Anda akan bertemu dengan orang yang sama walaupun agamanya berbeza.
Apabila Anda suka memperbaiki diri, Anda akan ditemukan dengan orang yang sama, walaupun agamanya tak sama dengan agama Anda.
Ini adalah kesan daripada gelombang minda kita. What we think is what we get!
Jangan berhenti mengamalkan rasa bersyukur. Hadirkan kegembiraan, keseronokan dan rasa kesyukuran terus dari hati. Selepas tu, kekalkannya.
Comments (4)View the Original article
No comments:
Post a Comment