Bagaimana nak melatih diri supaya rajin bersyukur? Ikuti langkah ini.
Ikhlaskan hati mensyukuri setiap pemberian Tuhan pada Anda – tubuh badan, keluarga yang menyayangi Anda, pasangan hidup Anda, nafas Anda,duit dalam poket Anda walau cuma ada RM1 sahaja.
Panjatkan kesyukuran 2 minit setiap pagi selepas bangun tidur dan 2 minit sebelum Anda tidur. Pada saat tu, emosi di minda berada pada tahap yang sungguh tenang, menjadikan minda mudah menyerap untuk masuk apa yang Anda fikirkan ketika itu.
Minda akan ‘rakam’ segala apa yang ada di hati Anda dan di imaginasi Anda. Gunakan masa singkat ini untuk mengucap syukur pada Tuhan atas nikmat yang Anda ada, yang Anda ada hari ini.
Syaratnya, bersyukurlah dengan ikhlas.
Pejam mata, ucapkan syukur lalu rasai kesannya di dalam hati. Jika air mata Anda mengalir, itu adalah petanda Anda benar-benar bersyukur. Inilah cara bagaimana untuk melatih diri Anda menjadi orang rajin bersyukur.
Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaiMotivasi Kini DotnetMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi KerjaView the Original article
No comments:
Post a Comment