Layak, jika Anda sanggup bekerja keras, sanggup banyak membaca, sanggup menerima teguran dan sanggup menanggung malu tatkala berdepan kesilapan.
Orang yang banyak mentertawakan kesilapan orang lain sebenarnya menutup peluang untuk dia berjaya kerana malu kelemahannya terserlah. Sebelum kelemahannya terserlah, baik dia ketawakan kelemahan orang lain yang dia nampak. Dia mentertawakan orang lain supaya kawan-kawannya tak nampak apa kelemahannya. Orang sebegini ada di mana-mana.
Orang yang tidak malu mengakui kesilapan dan sanggup mengakui kelemahan berpeluang untuk berjaya kerana dia terdorong untuk jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Orang sebegini menjadikan kesilpan sebagai cara untuk dia tahu apa yang betul. Inilah yang dipanggil sebagai “mindset berani gagal”.
Mulai hari ini, jangan suka ketawakan kesilapan orang sebab kesannya buruk. Sekali Anda ketawakan silap orang, Anda tak akan ada dorongan untuk memajukan diri sendiri. Bila nampak ada orang buat silap atau bila ternampak kesilapan seseorang, gali hikmah di sebaliknya, lepas tu serap sebagai ilmu untuk diri Anda. Elak untuk mentertawakan atau mengumpat pasal kesilapannya.
Ingat, successul people talk about ideas. Ordinary people talk about other people.
Comments (1)View the Original article
No comments:
Post a Comment