Saturday, June 4, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Letak Di Facebook!

untuk Anda yang berbangsa Cina.

Di Sabah terutama di kawasan Kota Kinabalu, perayaan Tahun Baru Cina turut di sambut oleh kaum Sino Kadazan kerana kaum ni terhasil dari campuran perkahwinan Cina dengan Kadazan, seperti kaum Baba dan Nyonya di Melaka di mana Baba Nyonya adalah campuran dari perkahwinan Cina dengan Melayu.

Dari segi budaya dan makanan, kaum Kadazan banyak persamaan dengan kaum Cina kerana mereka sukakan makanan yang bersup, berkuah dan yang berasaskan mee (noodles).

Hari perayaan sebegini merupakan hari untuk Anda merapatkan hubungan dengan jiran, kengkawan mahupun lawan. Bersangka baiklah dengan lawan.

Terimalah hakikat masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bekerja dengan mindset persaingan akan memusnahkan Anda dan lawan Anda, sebaliknya bekerja dengan mindset saling memberi akan membuahkan kecemerlangan kedua-dua belah pihak.

Apabila Anda dah selalu bersyukur dan selalu memberi sesuatu didorong oleh kesan dari amalan bersyukur, apa yang Anda beri Anda akan membuat Anda menerima lebih banyak lagi.

Contohnya, jika Anda memberi duit, Anda akan dapat lebih banyak duit. Bila Anda memberi curahan idea, Anda akan dapat lebih banyak curahan idea.

Bila Anda memberi kebahagiaan pada seseorang, Anda akan mendapat lebih banyak kebahagiaan. Bila Anda memberi motivasi pada seseorang, Anda akan jadi mendapat lebih banyak motivasi. Bila Anda memberi inspirasi pada seseorang, Anda akan dapat lebih banyak inspirasi.

Apa yang Anda bagi, itu jugalah yang akan Anda dapat, dua kali ganda jumlahnya dari yang Anda bagi. Ia datang sama ada cepat atau lambat saja bergantung pada keikhlasan hati.

Comments (2)

View the Original article

No comments:

Post a Comment