Tuesday, June 7, 2011

Kata-kata Motivasi 21

Letak Di Facebook!

:

“Cubalah untuk setia – setia pada impian, setia pada cita-cita, walau apapun ia!”

Frasa “cubalah untuk setia” adalah tajuk lagu penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti. Jika di amati lagu tu, sebenarnya ia pesanan untuk diri Anda supaya setia pada yang satu – impian yang satu, cita-cita yang satu, Allah yang satu.

Kami percaya Anda ada impian atau cita-cita yang Anda mau capai. Elak mengubah-ubah impian selagi ia belum berjaya Anda capai. Set 1 atau 3 impian sahaja supaya Anda ada fokus. Bila sudah ada fokus, tenaga dan usaha Anda tercurah ke situ 100%.

Ada ratusan ribu orang berhenti mencapai impian kerana mereka merasa susah untuk mencapai impian simply sebab mereka ada lebih dari 3 impian. Untuk membuat diri Anda bersemangat mencapai impian, lakukan apa yang perlu. Apa dia? Fokus pada proses, kurangkan memfokus pada hasil sebab hasil akan timbul sendiri apabila prosesnya ngam.

Sebagai contoh, sepiring mee megi kari yang sedap pasti akan terhasil apabila rempah kari dan air panas digaul dengan ngam bersama mi segera di dalam sebuah mangkuk. Apabila proses tak betul, hasilnya pasti jadi tak seperti yang Anda mahukan. Andai kata serbuk kari tak seberapa banyak, air panasnya tak seberapa panas, pasti mi megi Anda jadi kurang sedap.

Usah risau usaha Anda menjadi ke tidak, berhasil ke tidak, sekarang yang penting fokuskan pada proses iaitu dengan berusaha, berusaha, berusaha. Sentiasalah perbaiki usaha lepas tu tengok hasilnya ok ke tidak. Jika tidak, perbaiki cara berusaha kemudian teruskan sehingga hasilnya memuaskan hati Anda. Cubalah untuk setia.

Berkaitan:

Kata-kata motivasi 20Kata-kata motivasi 18Kata-kata motivasi 17Kata-kata motivasi 16Kata-kata motivasi 14 kata-kata motivasi, kata-kata motivasi inspirasi, kata-kata motivasi pemberi semangat, kata-kata motivasi untuk diri, kata-kata motivasi untuk wanita, tip motivasi, tips motivasi, tips motivasi dr fadzilah kamsah Comments (2)

View the Original article

No comments:

Post a Comment