Friday, June 10, 2011

Beban Profesion Guru

Baru beberapa hari yang lepas kita menyambut Hari Guru dengan tema tahun ni Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara. Melihat kepada tema ini saya berpendapat guru mempunyai tanggungjawab besar dalam membentuk acuan pendidikan negara yang cemerlang untuk generasi sekarang dan akan datang.

Beban yang saya maksudkan ialah tanggungjawab dan peranan guru yang perlu diperkemaskan sebaik mungkin memandang realiti yang berlaku hari ini, pelajar tidak matang dalam berdepan hakikat kehidupan lebih-lebih lagi dalam dunia kerjaya. Pelajar hari ini bukan tidak pandai bahkan mereka cemerlang dalam akademik tetapi mereka kekurangan nilai diri yang menjadi tunjang untuk kematangan berhadapan masalah.

Kekurangan nilai meletakkan mereka gagal menyerlah dalam bidang yang diceburi. Tak dinafikan mungkin guru yang di sekolah menengah dan rendah hanya mampu memberikan pelajaran kerana mereka baru di peringkat awal, namun jangan biarkan pelajar terus haus dengan nilai diri kerana ilmu dan pendidikan adalah sesuai yang perlu bergerak selari.

Bagi guru yang berstatus pensyarah, andalah yang menjadi tonggak dalam membina penjelajahan terhadap siswa-siswa untuk lebih bersedia berdepan masalah globalisasi. Jika masyarakat mempertikaikan kualiti siswa maka pensyarah dan universiti perlu bertanggungjawab tetapi jika pelajar sekolah yang bermasalah pastinya guru, pengetua dan sekolah yang perlu bertindak.



View the Original article

5 Tips Bagaimana Membina Nota Terima Kasih Khas Untuk Ibu Anda

Letak Di Facebook!

Kami pasti Anda sudah membaca mengenai Diari Kesyukuran dan Senarai Kesyukuran dalam artikel lalu. Dalam tips motivasi kali ni, kami mengajak Anda mengucap terima kasih kepada insan paling bermakna dalam hidup kita, ibu kita.

Caranya, bina sebuah Nota Terima Kasih untuk ibu. Mesti tak pernah buat sebelum ni, kan?. Berikut diterangkan cara bagaimana membina Nota Terima Kasih ni:

1. Terus Dari Hati.

Pada ruang tajuk, tuliskan “Nota terima kasih dari (letak nama Anda di sini) untuk ibu tersayang”. Jika Anda menggunakan panggilan berlainan untuk ibu Anda seperti mak, mummy, ummi atau mom, masukkannya di sebagai pengganti perkataan ‘ibu’ di dalam tajuk. Sebagai contoh, jika nama Anda Qistina dan nama manja Anda adalah Qis, letak tajuk nota Anda seperti ini: “Nota terima kasih dari Qis buat mak tersayang”. Tulis secara spontan, terus dari hati. Bayangkan ibu Anda saat Anda menulis ketika ni.

2.Mukaddimah Pembuka Bicara.

Kat bawah tajuk, tulis perkataan pembuka berbunyi “saya berterima kasih pada ibu kerana….” ataupun “saya berterima kasih pada mak kerana…” atau “saya sayang mak kerana…” Senaraikan sekurang-kurangnya 7 jasa ibu Anda pada Anda. Hargainya di dalam hari kemudian ucapkan terima kasih padanya melalui tulisan. Berikut adalah contoh untuk panduan Anda:

Qis nak ucap terima kasih pada mak kerana..

1. Mak setia sediakan sarapan pagi untuk ayah, Qis dan kami semua tanpa pernah ada cuti.
2. Mak beri Qis peluang untuk bersekolah dan belajar hingga menjadikan Qis insan yang mak lihat seperti hari ini.
3. Mak ambil berat pada Qis dalam apa jua keadaan dengan sepenuh perhatian.
4. Mak tabah mengajar Qis erti hidup, walau sedegil manapun Qis.
5. Hidup kita sekeluarga serba serbi sederhana, mak sentiasa masak makanan secukupnya untuk santapan kita sekeluarga.
6. Masa kecil, mak memukul kerana mak sayang Qis, dari situ Qis tahu apa yang salah, apa yang betul. Terima kasih mak.
7. Mak lahirkan Qis ke dunia, mak jaga Qis berbelas tahun lamannya, dari kecil sampaikah sekarang ni. Semua itu mak buat dengan penuh tanggungjawab. Tiada lain yang Qis nak ucapkan, hanyalah terima kasih mak! Qis sayang mak.

3.Hadirkan kasih ibu di dalam hati.

Saat Anda menulis kata-kata penghargaan buat ibu tersayang, rasai kasih sayang yang hadir di dalam hati. Tutup mata, nikmati feel mengucapkan rasa berterima kasih padanya seolah-olah dia ada di depan Anda.

4.Keep it simple!

Tujuan utama nota terima kasih ni dibuat adalah untuk menghargai hargai jasa ibu, selagi dia masih bernyawa, selagi kita masih boleh mendengar suaranya. Tujuan kedua, ia di bina untuk merubah emosi Anda menjadi lebih positif supaya sentiasa bersemangat, energetik jadinya. Menulis nota penghargaan buat ibu membuat emosi Anda berubah jadi positif kerana hadirnya pancaran kasih sayang ibu di hati Anda. Jadikan ia ringkas, supaya selesa untuk dibaca oleh si penerima (ibu Anda).

5.Bila dah siap, berikan nota terima kasih ni secara ‘suprprise’

Pastikan suasana persekitaran tenang supaya hatinya tersentuh saat membaca tulisan Anda dalam nota ini. Saat terbaik adalah ketika dia bersendirian atau ketika dia nak masuk tidur. Gunakan kreativiti ketika menyampaikan nota ni, gunakan sampul surat atau simply nota “post it notes”. Jangan gunakan sms, sebab matlamat kita adalah untuk membuat kejutan buat si ibu tersayang.

Comments (7)

View the Original article

2 Sebab Kenapa Anda Tak Gembira

Letak Di Facebook!

Dalam tips motivasi kali ni, kami tampilkan . Sebabnya adalah…

1. Sebab Anda sering persoalkan HAK, bukan melebihkan PERANAN dan SUMBANGAN.

Anda mempersoalkan hak, maruah dan siapa Anda kerana Anda di api-apikan oleh rasa EGO. Setiap orang ada ego masing-masing cuma dalam jumlah berbeza-beza. Anda tak gembira sebab Anda tak mainkan peranan dalam komuniti Anda berada sekarang ni – di rumah, di pejabat, di sekolah, di tempat kerja, di kalangan kawan-kawan Anda.

2. Sebab Anda selalu ingat kesusahan di masa lalu.

Anda selalu ingat kata-kata buruk yang orang lemparkan pada Anda. Anda selalu bayangkan kesusahan di masa lalu. Anda selalu fikirkan orang-orang yang menyakitkan hati Anda. Anda tak pernah memberi ruang untuk hati Anda mensyukuri nyawa dan hidup Anda!

Untuk Anda jadi gembira dan merasa gembira, bBe humble, bersederhana dan bantulah orang lain ikut kemampuan Anda. Orang lain ini adalah orang-orang di sekeliling Anda. Mulakan dari rumah atau di tempat Anda berada sekarang.

Cuba bantu mak Anda buat kerja-kerja rumah. Bantu dia sebab Anda ikhlas nak bantu. Just do it! Anda akan rasa gembira melihat orang lain gembira apatah lagi orang tu adalah ibu Anda. Contoh lain, jika Anda bekerja, relakan diri membantu kawan tanpa di minta, tanpa di sangka-sangka. Bantu sebab nak buat apa yang perlu, bukan nak harap pujian. Lakukan ini selalu dan Anda rasa gembira apabila dia kata ‘thank you’.

Comments (12)

View the Original article

Thursday, June 9, 2011

Syarat Untuk Rasa Kesyukuran Memberi Kesan Di Dalam Hati

Letak Di Facebook!

Berikut adalah 2 syarat untuk senarai kesyukuran memberi kesan di hati Anda:

1.Ketenangan
2.Kemaafan.

Latih diri untuk bertenang-tenang selalu. Kelam-kabut dan gusar adalah sifat negatif kerana ia dikaitkan dengan sifat syaitan. Ketenangan dan kedamaian hati adalah sifat positif kerana ia dikaitkan dengan sifat malaikat juga sifat orang-orang soleh.

Bila Anda duduk, berdiri, berbaring, memandu, buat sesuatu kerja atau sedang bersantai-santai di depan tv, cuba buat sambil bertenang iaitu dengan relakskan diri. Jika Anda sudah merasa relaks, cuba untuk merasa lebih relaks, kemudian lebih relaks lagi dari yang tadi.

Elak sikap suka menyindir dan sikap melepas geram (atau rasa tidak puas hati) melalui sindiran kerana itu akan menghapuskan rasa kegembiraan Anda, ibarat nila setitik hancur santan sebelanga. Tiap kali Anda membina Senarai Kesyukuran atau Nota Terima Kasih, ia tidak akan memberi kesan apa-apa di hati, kesyukuran yang Anda ucap bagai terhalang-halang jadinya.

Maafkan kesalahan orang lain pada Anda. Maafkan, lupakan, let it go!. Rasa marah ibarat batu besar yang tak berhenti jatuh satu persatu dari atas tatkala mendaki ke puncak bukit. Pilihlah untuk menjadi insan pemaaf sebab Anda akan jadi lebih gembira, lebih bahagia. Syaratnya, jangan ingat selalu perkara-perkara menyakitkan hati, tapi ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri kemudian lafazkan ‘terima kasih Allah’. Hati lebih happy, tak gitu?

dr fadzilah kamsah, motivasi, motivasi 1 minit, motivasi diri, tip motivasi, tips motivasi, tips motivasi online Comments (9)

View the Original article

Ini Sebab Kenapa Kami Sarankan Anda Berhenti Mengomplen, Mengomel, Mengomen dan Mengkondem.

Letak Di Facebook!

Jangan selalu kritik orang dan mengkondem orang.

Ketahuilah apa yang Anda buat, ada balasannya. Buat baik, pasti di balas baik.

Benda ni semua berlaku sebab kita di kelilingi tenaga. Tenaga yang Anda keluarkan, tenaga serupa itu jugalah yang akan Anda dapat sebagai balasan

Ia bertindak sebagai satu DOA dalam diam. Minda Anda menerbitkan tenaga dari Anda bangun sampailah Anda tidur. Tenaga itu bergerak bersimpang siur dalam bentuk gelombang.

Bila Anda bersangka baik,mengagumi dan menghargai, minda Anda akan menerbitkan tenaga positif. Tenaga tu keluar dari minda Anda lalu bergerak ke persekitaran Anda dalam bentuk gelombang.

Gelombang minda Anda akan ditangkap masuk oleh minda orang lain. Orang di sekeliling Anda turut menerbitkan gelombang tenaga dari minda masing-masing.

Bila gelombang minda mereka sudah terlepas ke persekitaran Anda, minda Anda akan menyerap masuk kesemua gelombang minda orang lain yang serupa dengan Anda punya.

Gelombang baik akan menarik gelombang baik, lantas dizahirkan pada perbuatan, direalisasikan dalam situasi kehidupan.

Untuk orang lain senang nak terima Anda serta menerima Anda seadanya sekarang, ubah sikap Anda terlebih dahulu.

Nak mengubah aspek luaran (suasana pergaulan Anda) Anda kena ubah dulu aspek dalaman (isi hati dan fikiran Anda). Tinggalkan sikap suka mengomen apa yang orang buat. Tiap kali nampak orang lain buat something, biarkan. Jangan memberi respon buruk, komplain apatah lagi mengomen buruk.

Berhenti mengomen dalam apa jua keadaan. Elak mengkondem, mengutuk kesilapan sesiapapun apatah lagi mentertawakan mereka sama ada secara terbuka atau dalam situasi bersifat privasi.

Sebab, sikap sebegini menerbitkan energi negatif.

Kesannya, Anda akan di kelilingi gelombang negatif kerana minda Anda menarik gelombang negatif yang terbit dari orang lain. Biasanya gelombang negatif ni berisi kebencian, iri hati, dengki, marah, geram, dendam.

Sebaliknya, appreciate and give thanks.

Lakukan ini selalu. Berilah respon baik, komen baik, hargai dan ucap terima kasih.

Gelombang minda Anda akan berubah jadi gelombang kegembiraan, yang mana ini akan menaikkan tahap emosi Anda menjadi positif, Anda pun akan berjumpa dengan orang-orang bersikap positif yang selalu saling bantu-membantu antara satu sama lain secara kebetulan. Positive mind attaracts another positive mind. A happy person attracts an another happy person.

Dalam istilah lebih tepat, ia dipanggil “uplifting energy” terutama emosi Anda kurang stabil.

Bila emosi Anda dah menaik, Anda akan rasa bersemangat dalam apa jua perkara yang Anda lakukan – sama ada menyiapkan kerja-kerja di rumah, di pejabat, di tempat kerja, ketika berjalan-jalan, ketika belajar, ketika memasak atau ketika mencuci kereta.

Anda akan rasainya serta merta. Dengan syarat Anda kena hargai dan berterima kasih sepenuh hati, bukan di lakonkan.

Pengharagaan dan rasa berterima kasih yang dilakonkan semata-mata untuk membuat diri Anda nampak berkasrima akan membangkitkan rasa ego.

Comments (3)

View the Original article

Motivasi Dari Hidup

Letak Di Facebook!

Sejak hilang dari blog ini beberapa hari lalu, saya sebenarnya sedang mengikuti kursus di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu. Kursus kali ni sungguh mencabar. Kena bangun awal dan bersukan, berperang dengan rasa mengantuk yang amat kuat, berdepan dengan cabaran menyiapkan tugasan dalam masa terhad. Paling mencabar sekali, cabaran bagaimana untuk memenangi hati rakan-rakan sekumpulan.

Satu-satunya inspirasi saya ketika menjalani kursus adalah dari rasa bersyukur. Saya bersyukur sebab saya dilahirkan sebagai seorang Muslim, saya bersyukur sebab saya diberi peluang belajar perkara baru dari kursus yang saya ikuti, saya bersyukur dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru, saya bersyukur dalam ilmu baru, saya bersyukur saya diberi kekuatan untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari, setiap hari!

Selepas itu, setiap kali bersembahyang, saya merasa tenang sangat sebab saya bersembahyang didorong oleh rasa bersyukur pada Tuhan. Saya berterima kasih pada Allah kerana Dia kurniakan saya peluang untuk memperbaiki diri. Saya merasa amat bertuah sebab Dia beri petunjuk pada diri saya. Dari situ timbul lagi rasa kesyukuran yang amat dalam.

Entah macam mana, saya rasa hepi yang amat sangat. Saya rasa gembira dapat kawan-kawan baru, saya rasa gembira sepanjang program di jalankan. Ketika pembentangan kumpulan, saya dipilih sebagai wakil pembentang. Saya kena berucap di depan.

Inilah kali pertama saya membentang dengan rasa gembira, bukan gemuruh atau malu, semuanya sebab saya rasa gembira dan bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang begitu supportive!. Sebabnya, saya niatkan pembentangan itu sebagai cara untuk saya berbakti kepada kawan-kawan saya. Saya mahu meningkatkan ketaqwaan kepada Tuhan dengan cara berbakti, berbuat baik serta memberi sumbangan.

Selesai pembentangan, saya merasa amat puas hati melihat kegembiraan terukir di wajah kawan-kawan saya setelah selesai membentang. Saya merasa bersyukur melihat mereka begitu gembira!. Saya merasa betul-betul terharu apabila setiap daripada mereka mengucapkan ‘thank you‘. Oh, saat itu sungguh indah sekali.

Jujur dari hati saya merasa sedih tatkala kami semua berpisah. Duduk sekumpulan selama 5 hari menjadikan kami amat rapat. Timbul keserasiani, sedangkan selama ni kami tidak pernah berjumpa.

Dari sinilah saya menyaksikan satu keajaban.

Sikap kita akan jadi daya penarik pada sikap serupa yang ada pada diri orang lain, kesannya Anda akan ditemukan dengan orang memiliki mentaliti serupa dengan Anda.

Apabila Anda berfikiran positif dan sering bersyukur, Anda akan bertemu dengan orang yang sama walaupun agamanya berbeza.

Apabila Anda suka memperbaiki diri, Anda akan ditemukan dengan orang yang sama, walaupun agamanya tak sama dengan agama Anda.

Ini adalah kesan daripada gelombang minda kita. What we think is what we get!

Jangan berhenti mengamalkan rasa bersyukur. Hadirkan kegembiraan, keseronokan dan rasa kesyukuran terus dari hati. Selepas tu, kekalkannya.

Comments (4)

View the Original article

Wednesday, June 8, 2011

Orang Cemerlang Suka Memaafkan

Letak Di Facebook!

Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seteursnya mengikis motivasi.

kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.

Comments (2)

View the Original article

Layakkah Anda untuk berjaya?

Letak Di Facebook!

Layak, jika Anda sanggup bekerja keras, sanggup banyak membaca, sanggup menerima teguran dan sanggup menanggung malu tatkala berdepan kesilapan.

Orang yang banyak mentertawakan kesilapan orang lain sebenarnya menutup peluang untuk dia berjaya kerana malu kelemahannya terserlah. Sebelum kelemahannya terserlah, baik dia ketawakan kelemahan orang lain yang dia nampak. Dia mentertawakan orang lain supaya kawan-kawannya tak nampak apa kelemahannya. Orang sebegini ada di mana-mana.

Orang yang tidak malu mengakui kesilapan dan sanggup mengakui kelemahan berpeluang untuk berjaya kerana dia terdorong untuk jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Orang sebegini menjadikan kesilpan sebagai cara untuk dia tahu apa yang betul. Inilah yang dipanggil sebagai “mindset berani gagal”.

Mulai hari ini, jangan suka ketawakan kesilapan orang sebab kesannya buruk. Sekali Anda ketawakan silap orang, Anda tak akan ada dorongan untuk memajukan diri sendiri. Bila nampak ada orang buat silap atau bila ternampak kesilapan seseorang, gali hikmah di sebaliknya, lepas tu serap sebagai ilmu untuk diri Anda. Elak untuk mentertawakan atau mengumpat pasal kesilapannya.

Ingat, successul people talk about ideas. Ordinary people talk about other people.

Comments (1)

View the Original article

2 Tips Bagaimana Menjadi Pelajar Bersyukur

Letak Di Facebook!

Jika Anda seorang pelajar (pelajar universiti, pelajar kolej, pelajar sekolah menengah atau pelajar dewasa) berikut adalah 2 tips bagaimana untuk menjadi pelajar bersyukur. Tips ni berguna untuk menjadikan diri Anda seorang pelajar bersemangat.

1. Bersyukur kerana Anda diberi peluang menimba ilmu.

Tak semua orang berpeluang belajar di universiti. Kala Anda sedang belajar di dalam kelas, pada masa yang sama ada puluhan ribu orang lain di luar sana berhempas-pulas membanting tulang untuk menyara hidup hingga terpaksa melupakan hasrat untuk belajar (seperti Anda) simply sebab kurang mampu. Jika Anda berpeluang belajar di kolej atau universiti, Anda patut bersyukur sebab Allah beri Anda peluang untuk belajar secara formal, bukannya secara tidak formal tanpa ada sijil diploma mahupun ijazah. Sekurang-kurangnya Anda belajar di dalam sebuah kelas, ada rakan-rakan lain di dalam kelas itu dan ada seseorang mengajar di depan Anda sebagai seorang lecturer. Anda tak perlu belajar dari kegagalan hidup. Anda tak perlu mengharungi kesengsaraan berdepan dugaan untuk mematangkan fikiran menjalani kehidupan. Anda patut bersyukur!

2. Bersyukur kerana Anda diberi peluang mengubah hidup melalui ilmu.

Ilmu dapat mengubah hidup Anda. Dengan kelulusan formal yang Anda perolehi dari universiti, kolej atau institut tempat Anda belajar, Anda berpeluang untuk mendapat kerja yang lebih baik. Pasti dari situ Anda dapat taraf gaji yang juga baik. Selepas itu Anda boleh mengubah hidup Anda – beli rumah, kereta dan berkahwin. Anda patut bersyukur kerana Anda diberi peluang untuk memperoleh semua itu. Ada puluhan ribu orang hidupnya susah daripada Anda. Mereka tak berpeluang menyambung pelajaran seperti Anda, kesannya mereka tak bergaji, terpaksa cari makan dengan berniaga dan terpaksa melupakan hasrat untuk hidup senang seperti Anda simply sebab pendapatan mereka tak menentu.

Syukurilah hidup Anda sekarang ni sebab ada puluhan ribu orang jauh lebih susah hidup mereka daripada Anda, syukurilah hidu Anda sekarang ni kerana hidup pula tak menjadi seperti hidup mereka. Anda kerja dalam ‘air-cond’, mereka pula kerja di bawah kepanasan terik mentari.

Syukurilah hidup Anda sekarang ni sebab ada pulughan ribu orang jauh lebih senang hidup mereka daripada hidup Anda. Anda patut bersyukur sebab Anda berpeluang untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti.

Lihat ke atas, lihat ke bawah.

Lihat ke atas maksudnya perhatikan orang yang lebih berjaya daripada Anda supaya Anda terinspirasi untuk berjaya seperti mereka.

Dalam pada itu ambil pengajaran dari orang yang berada di bawah tahap Anda supaya Anda bersyukur hidup Anda lebih baik daripada hidup mereka dan tak sesusah mana seperti hidup mereka.

Allah menjadikan hidup kita semua berbeza-beza, supaya kita menggali hikmah yang tersirat di dalamnya.

blog motivasi, laman blog motivasi, motivasi, motivasi belajar, motivasi pelajar, motivasi untuk pelajar, tip motivasi, tips motivasi Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaiMotivasi Kini DotnetMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi Kerja

View the Original article

Tuesday, June 7, 2011

Tip Bagaimana Melatih Diri Supaya Rajin Bersyukur

Letak Di Facebook!

Bagaimana nak melatih diri supaya rajin bersyukur? Ikuti langkah ini.

Ikhlaskan hati mensyukuri setiap pemberian Tuhan pada Anda – tubuh badan, keluarga yang menyayangi Anda, pasangan hidup Anda, nafas Anda,duit dalam poket Anda walau cuma ada RM1 sahaja.

Panjatkan kesyukuran 2 minit setiap pagi selepas bangun tidur dan 2 minit sebelum Anda tidur. Pada saat tu, emosi di minda berada pada tahap yang sungguh tenang, menjadikan minda mudah menyerap untuk masuk apa yang Anda fikirkan ketika itu.

Minda akan ‘rakam’ segala apa yang ada di hati Anda dan di imaginasi Anda. Gunakan masa singkat ini untuk mengucap syukur pada Tuhan atas nikmat yang Anda ada, yang Anda ada hari ini.

Syaratnya, bersyukurlah dengan ikhlas.

Pejam mata, ucapkan syukur lalu rasai kesannya di dalam hati. Jika air mata Anda mengalir, itu adalah petanda Anda benar-benar bersyukur. Inilah cara bagaimana untuk melatih diri Anda menjadi orang rajin bersyukur.

Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaiMotivasi Kini DotnetMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi Kerja

View the Original article

Kata-kata Motivasi 21

Letak Di Facebook!

:

“Cubalah untuk setia – setia pada impian, setia pada cita-cita, walau apapun ia!”

Frasa “cubalah untuk setia” adalah tajuk lagu penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti. Jika di amati lagu tu, sebenarnya ia pesanan untuk diri Anda supaya setia pada yang satu – impian yang satu, cita-cita yang satu, Allah yang satu.

Kami percaya Anda ada impian atau cita-cita yang Anda mau capai. Elak mengubah-ubah impian selagi ia belum berjaya Anda capai. Set 1 atau 3 impian sahaja supaya Anda ada fokus. Bila sudah ada fokus, tenaga dan usaha Anda tercurah ke situ 100%.

Ada ratusan ribu orang berhenti mencapai impian kerana mereka merasa susah untuk mencapai impian simply sebab mereka ada lebih dari 3 impian. Untuk membuat diri Anda bersemangat mencapai impian, lakukan apa yang perlu. Apa dia? Fokus pada proses, kurangkan memfokus pada hasil sebab hasil akan timbul sendiri apabila prosesnya ngam.

Sebagai contoh, sepiring mee megi kari yang sedap pasti akan terhasil apabila rempah kari dan air panas digaul dengan ngam bersama mi segera di dalam sebuah mangkuk. Apabila proses tak betul, hasilnya pasti jadi tak seperti yang Anda mahukan. Andai kata serbuk kari tak seberapa banyak, air panasnya tak seberapa panas, pasti mi megi Anda jadi kurang sedap.

Usah risau usaha Anda menjadi ke tidak, berhasil ke tidak, sekarang yang penting fokuskan pada proses iaitu dengan berusaha, berusaha, berusaha. Sentiasalah perbaiki usaha lepas tu tengok hasilnya ok ke tidak. Jika tidak, perbaiki cara berusaha kemudian teruskan sehingga hasilnya memuaskan hati Anda. Cubalah untuk setia.

Berkaitan:

Kata-kata motivasi 20Kata-kata motivasi 18Kata-kata motivasi 17Kata-kata motivasi 16Kata-kata motivasi 14 kata-kata motivasi, kata-kata motivasi inspirasi, kata-kata motivasi pemberi semangat, kata-kata motivasi untuk diri, kata-kata motivasi untuk wanita, tip motivasi, tips motivasi, tips motivasi dr fadzilah kamsah Comments (2)

View the Original article

Motivasi Diri – Tekad Sentiasa Tambahkan Ilmu

Letak Di Facebook!

Kenapa orang berjaya sentiasa menambah ilmu? Berikut adalah dua sebab utama:

1. Mereka mahu tahu banyak ilmu baru.
2. Mereka mahu menguasai, bukan sekadar mengetahui.

Orang berjaya tak pernah merasa cukup dengan ilmu yang dia ada. Bukan sebab orang berjaya ni tamak, tapi sebab mereka seronok berkongsi ilmu – iaitu ilmu yang mereka ada dan ilmu yang mereka baru jumpa.

Anda kena contohi orang-orang berjaya. Elak merasa puas hati dengan ilmu yang Anda ada sekarang ini. Tekad belajar seumur hidup! Tambah ilmu dengan banyakkan membaca kerana membaca adalah cara paling mudah untuk Anda mempelajari ilmu baru. Gali lebih banyak ilmu berkenaan bidang Anda. Beri tumpuan pada apa yang Anda perlu tahu.

Sebagai contoh, jika Anda seorang penulis buku, pelajarilah lebih banyak ilmu tentang bagaimana menjadi penulis buku supaya Anda boleh muncul menjadi seorang penulis buku yang berjaya satu hari nanti.

Jika Anda seorang pemuzik, pelajari lebih banyak perkara mengenai muzik supaya Anda menonjol menjadi pemuzik berjaya. Anda berjaya kerana Anda tahu banyak perkara mengenai muzik.

Selepas itu, pelajari lebih banyak, dua kali lebih banyak jumlahnya dari jumlah ilmu yang dipelajari oleh orang-orang di sekeliling Anda.

Jika Anda seorang penasihat kewangan, pelajari lebih banyak ilmu tentang hal-hal kewangan supaya Anda berjaya sebagai seorang penasihat kewangan berjaya satu hari nanti. Bila Anda menguasai banyak perkara mengenai bidang Anda, pasti Anda menonjol. Pasti Anda boleh mencapai tahap-tahap membanggakan.

Mengetahui saja tidak cukup.

Anda perlu menguasai, iaitu dengan mempelajari lebih banyak ilmu mengenai bidang Anda.

Comments (4)

View the Original article

Monday, June 6, 2011

Kata-kata Motivasi 22

Letak Di Facebook!

Kata-kata Motivasi 22:

“The future depends on what we do in the present. – Mahatma Gandhi”

Masa depan Anda bergantung pada apa yang Anda lakukan pada masa kini. Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Bersenang-senang dulu, biasanya Anda akan sakit kemudian!

Untuk membina masa depan yang lebih cerah, mulakan langkah mengubah hidup mulai hari ini juga. Berubahlah kerana Anda mahu membina masa depan lebih bahagia, lebih gembira, lebih berjaya. Biar susah sekarang supaya Anda senang di kemudian hari. Lupakan dulu bermalas-malasan. Sibukkan diri mengejar impian!

Comments (1)

View the Original article

3 Sebab Kenapa Anda Merasa Rendah Diri

Letak Di Facebook!

Apa dia rasa rendah diri? Ia adalah perasaan di mana Anda merasa diri Anda tak sehebat orang lain. Anda tak nampak di mana kekuatan diri Anda, Anda tak tahu apa kelebihan Anda, Anda kurang yakin dengan diri sendiri. Semua ni berlaku kerana sebab-sebab tertentu.

Berikut adalah .

1. Anda tidak bertanggungjawab.

Anda tidak bertanggungjawab pada diri Anda, sebabnya Anda tidak berusaha memajukan diri sendiri dalam berbagai aspek. Anda cuma merasa diri Anda tidak layak. Anda tidak memilih untuk menjadi orang depan, sebalinya memilih untuk menjadi orang belakang. Orang depan mencipta sesuatu dan melakukan sesuatu, sebaliknya orang belakang hanya mengikut, tidak ada inisiatif untuk memulakan sesuatu.

2. Keyakinan Diri Anda Rendah.

Anda merasa rendah diri sebab Anda melihat orang lain lebih hebat dari Anda. Anda terlalu banyak melihat kehebatan orang lain tapi tak berusaha mendiskaver kelebihan diri sendiri. Orang yang sering merasa tidak yakin adalah orang yang tidak mengenal siapa dirinya. Cuba gali apa bakat Anda, cuba cari apa perkara yang Anda boleh buat dengan cukup bagus, lebih bagus dari orang lain di sekeliling Anda.

3. Anda menyerah pada komen-komen negatif.

Orang kata Anda bodoh, Anda terima dan Anda merasa Anda bodoh. Orang kata Anda kurang bijak,Anda merasa itu betul. Hentikan semua ini. Kini sudah tiba masanya Anda tidak perlu bergantung pada kata-kata orang. Inilah masanya Anda mendengar kata-kata dari suara hati Anda sendiri. Meminta pendapat orang itu boleh, tapi jangan sampai Anda buat sesuatu kerana di pengaruhi oleh mereka sebab Anda akan hilang kawalan pada diri sendiri. Untuk tidak menyerah pada komen-komen negatif, ransang diri sendiri dengan kata-kata motivasi. Ulang-ulangkan kata-kata motivasi di fikiran kemudian ingat selalu. Beri peringatakan pada diri sendiri supaya sentiasa bersemangat.

motivasi, motivasi diri, motivasi minda, motivasi online, motivasi orang muda, motivasi pelajar, motivasi remaja, motivasi wanita, tip motivasi, tips motivasi Comments (2)

View the Original article

Tips Motivasi – 4 Petua Bagaimana Mengatasi Stress Untuk Wanita Bekerja

Letak Di Facebook!

Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah, suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.

Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.

1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.

Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.

2. Fokus Pada Solusi.

Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.

3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.

Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.

4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.

Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh, jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.

Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

dr fadzilah kamsah, motivasi, motivasi untuk wanita, motivasi wanita, petua, tips motivasi, tips motivasi wanita, wanita Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaiMotivasi Kini DotnetMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi Kerja

View the Original article

Sunday, June 5, 2011

Beri Semangat Pada Diri Dengan Mengubah Perspektif

Letak Di Facebook!

Bagaimana memberi semangat pada diri sendiri? Caranya, ubah perspektif.

Perspektif adalah cara kita melihat sesuatu perkara, benda, orang dan situasi. Perspektif adalah pandangan kita. Untuk mencetus motivasi, perspektif kita kena positif selalu.

Untuk membina perspektif positif, mulakan dengan bersangka baik. Bersangka baiklah dengan sikap orang-orang di sekeliling Anda walau seburuk manapun perangainya. Bersangka baiklah dengan situasi yang terjadi pada Anda, walau seburuk manapun halnya. Apapun yang terjadi, bersangka baiklah tanpa henti.

Beri respon positif pada setiap perkara, setiap orang, setiap benda, setiap situasi dan setiap kejadian. Apa jua yang Anda baca, yang Anda lihat, yang Anda dengar dan yang Anda rasakan, beri respon positif. Respon Anda mempengaruhi emosi Anda, lantas mempengaruhi tindakan Anda.

Apabila respon positif, emosi serta tindakan Anda akan mula berubah menjadi positif.

fikiran, fikiran negatif, fikiran positif, motivasi diri, perspektif, ubah diri Comments (5)

View the Original article

4 Cara Bagaimana Untuk Menghubungi Kami Di iMotivasi

Letak Di Facebook!

Masa berubah, kita kena berubah. Sekarang ni dah banyak blog-blog tumbuh membiak, 100-300 blog baru akan dibuka setiap hari. Isu di sini adalah kebolehpercayaan (trust) pembaca pada bloggger dan kebolehpercayaan blogger pada pembaca blog. Kebanyakan pengguna internet Malaysia lebih percaya pada blogger jujur.

Walaupun kami di iMotivasi tak mendedahkan semua maklumat diri, namun kami dedahkan info mengenai diri kami untuk Anda mengenali siapa kami, tak kiralah Anda dari Indonesia, Malaysia, Brunei, selatan Thailand,New York, Adelaide, kota London atau dari Mesir.

Kebanyakan info mengenai diri kami ada dedahkan di dalam artikel-artikel di ruang Personal, bercerita berkaitan hidup kami, umur kami, cinta kami dan aktiviti-aktiviti kami. Kami buka ruang untuk Anda boleh hubungi kami jika Anda mahu bertanyakan soalan. Khidmat percuma untuk Anda.

Gunakan 4 cara berikut untuk hubungi kami secara peribadi:

Gunakan SMS. Nombor di umumkan kemudian.Gunakan borang khas di ruang ‘Hubungi Kami’.Hantar email ke imotivasi

View the Original article

Kata-kata Motivasi 23

Letak Di Facebook!

“Bersemangatlah memburu kejayaan semata-mata kerana Allah. Jadikan kejayaan sebagai wadah untuk mendekatkan diri pada Allah, pasti bersemangat menjadikan kejayaan realiti pasti. Semakin dekat dengan kejayaan, semakin dekat juga dengan Allah Yang Maha Kuasa”. – iMotivasi

Sebaik-baik kejayaan adalah kejayaan yang diniatkan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada ALLAH, Tuhan semesta alam.

Jalan menuju kejayaan pasti berdepan berbagai halangan, cubaan dan dugaan. Namun, apabila hati sudah dekat dengan Allah, pasti Anda boleh meminta pertolongannya.

Hati seseorang yang dekat pada Allah akan sentiasa seronok berusaha mengejar kejayaan apabila kejayaan itu diniatkan olehnya sebagai cara untuk dekat dengan Allah. Apabila di landa kegagalan, hatinya tidak berubah dari matlamat asal. Kegagalan tidak menjadi hal buatnya.

Motivasi Anda akan meningkat apabila Anda niatkan kejayaan semata-mata kerana Allah, lebih tepatnya lagi niatkan kejayaan yang akan Anda raih sebagai cara untuk Anda mendekatkan diri kepada ALLAH Yang Maha Esa.

artikel motivasi, definisi motivasi, esq motivasi, inspirasi, kem motivasi, modul motivasi, motivasi, motivasi kerja, motivasi map, motivasi mlm, motivasi online, program motivasi, semangat, tip motivasi Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaiMotivasi Kini DotnetMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi Kerja

View the Original article

Saturday, June 4, 2011

Minda Separa Sedar Rakam Semuanya

Letak Di Facebook!Minda separa sedar Anda bertindak menjadi perakam video yang akan merakam kesemua fikiran Anda.

Minda separa sedar menangangkap segala respon fikiran Anda pada persekitaran Anda – situasi yang Anda lalui setiap masa, orang yang Anda jumpa, perkara yang Anda buat, aktiviti Anda,perilaku Anda, imaginasi Anda, mainan fikiran Anda, kata-kata hati Anda.

Apa yang direkod oleh minda separa sedar akan dilaksanakan sebagai arahan dengan cara ‘terima dan laksana’.

Minda separa sedar anggap apa yang Anda selalu fikirkan, itulah yang perlu di realisasikan di dunia sebenar. Apabila Anda kerap teringat seseorang, secara tiba-tiba orang tu akan menelefon Anda atau Anda terserempak dengannya tanpa di sangka-sangka. Sebenarnya ini semua kerja minda.

Sebagai contoh, apabila Anda kerap membayangkan Proton Inspira sebagai kereta idaman Anda, secara tiba-tiba Anda akan selalu nampak kereta Proton Inspira ke mana saja Anda pergi, di mana jua Anda berada.

Apabila Anda sering membayangkan telefon bimbit idaman, Anda akan perasan yang Anda kerap ternampak handphone idaman Anda tu di mana-mana – di dalam gambar, dalam iklan, dalam tangan kawan Anda atau simply dalam majalah yang Anda baca.

Semua itu terjadi sebab Anda kerap memikirkannya!

Minda separa sedar bekerja di luar batasan logika. Anda takkan tahu bagaimana minda separa sedar bekerja, seperti mana Anda tak tahu cemana handphone Anda menghantar sms kepada kawan Anda dalam masa satu saat saja. Yang Anda tahu, taip sms dan tekan send, kan?. Begitu juga minda separa sedar.

Secara asas, minda separa sedar memberi respon pada fikiran Anda iaitu perkara yang kerap Anda fikirkan, yang kerap Anda bayangkan, yang kerap Anda imaginasikan.

Minda separa sedar sensitif pada FEEL Anda dan EMOSI Anda ketika membayangkan sesuatu dengan kerap.

Sebab itulah kenapa orang yang bermasalah sering menjumpai lebih banyak masalah sebab fikirannya di dominasi oleh masalah, emosinya didominasi oleh FEEL tertekan dek memikir masalah. Orang yang gembira jadi bertambah gembira sebab fikirannya di dominasi oleh FEEL gembira.

Orang yang selalu berfikir pasal kegagalan akan selalu gagal sebab dia banyak memikirkan kegagalan yang dilaluinya.

Orang yang berfikir pasal kejayaan banyak mencapai kehebatan sebab dia banyak berfikir mengenai kejayaan yang mahu dicapainya.

Seperti yang di katakan dulu, apa yang kerap Anda fikirkan, itulah yang akan terjadi. Fikirlah yang baik-baik, supaya semua yang terjadi dalam hidup Anda baik-baik belaka.

Berkaitan:

Minda Separa Sedar

View the Original article

Orang Yang Fikirannya Baik vs. Orang Yang Fikirannya Buruk

Untuk Anda kawal emosi Anda dan kawal apa yang bermain di fikiran Anda, Anda perlu mempelajari perihal minda separa sedar. Banyakkan membaca mengenai minda separa sedar. Kenali minda separa sedar, ketahui bagaimana minda separa sedar bekerja.

Selepas tu, manfaatkan kuasanya untuk kebaikan diri Anda sendiri. Kita manusia ni adalah makhluk beremosi. Melalui emosi, kita mudah dikacau.

Minda separa sedar mudah hilang fokus apabila emosi bercelaru. Minda separa sedar mengikut emosi Anda kerana minda separa sedar memberi respon penuh pada emosi Anda, FEEL Anda. Anda perlu berhati-hati. Jangan terperangkap!

Belajarlah kawal emosi, kawal diri, kawal kata-kata dan kawal apa yang selalu bermain di fikiran Anda. Anda perlu menyedari perkara-perkara yang selalu Anda fikiran.

Anda perlu check apa yang Anda katakan selalu di dalam hati. Hati mempengaruhi fikiran, fikiran mempengaruhi minda, minda mempengaruhi perbuatan. Setiap perbuatan Anda mendatangkan kesan.

Buat baik, kesannya baik. Buat buruk, kesannya buruk. Semua itu bermula di minda. Apa yang ada di minda, itulah yang akan mempengaruhi emosi Anda lalu memberi kesan pada perbuatan Anda.

Orang yang fikirannya baik, sikapnya, perbuatannya jadi baik. Hidupnya jadi baik-baik saja. Orang yang fikirannya buruk, sikapnya, perbuatannya jadi buruk. Hidupnya jadi buruk.

Comments (6)

View the Original article

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Letak Di Facebook!

untuk Anda yang berbangsa Cina.

Di Sabah terutama di kawasan Kota Kinabalu, perayaan Tahun Baru Cina turut di sambut oleh kaum Sino Kadazan kerana kaum ni terhasil dari campuran perkahwinan Cina dengan Kadazan, seperti kaum Baba dan Nyonya di Melaka di mana Baba Nyonya adalah campuran dari perkahwinan Cina dengan Melayu.

Dari segi budaya dan makanan, kaum Kadazan banyak persamaan dengan kaum Cina kerana mereka sukakan makanan yang bersup, berkuah dan yang berasaskan mee (noodles).

Hari perayaan sebegini merupakan hari untuk Anda merapatkan hubungan dengan jiran, kengkawan mahupun lawan. Bersangka baiklah dengan lawan.

Terimalah hakikat masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bekerja dengan mindset persaingan akan memusnahkan Anda dan lawan Anda, sebaliknya bekerja dengan mindset saling memberi akan membuahkan kecemerlangan kedua-dua belah pihak.

Apabila Anda dah selalu bersyukur dan selalu memberi sesuatu didorong oleh kesan dari amalan bersyukur, apa yang Anda beri Anda akan membuat Anda menerima lebih banyak lagi.

Contohnya, jika Anda memberi duit, Anda akan dapat lebih banyak duit. Bila Anda memberi curahan idea, Anda akan dapat lebih banyak curahan idea.

Bila Anda memberi kebahagiaan pada seseorang, Anda akan mendapat lebih banyak kebahagiaan. Bila Anda memberi motivasi pada seseorang, Anda akan jadi mendapat lebih banyak motivasi. Bila Anda memberi inspirasi pada seseorang, Anda akan dapat lebih banyak inspirasi.

Apa yang Anda bagi, itu jugalah yang akan Anda dapat, dua kali ganda jumlahnya dari yang Anda bagi. Ia datang sama ada cepat atau lambat saja bergantung pada keikhlasan hati.

Comments (2)

View the Original article

Friday, June 3, 2011

Tips Motivasi – 8 Cara Bagaimana Untuk Bertenang-tenang Selalu

Berikut adalah 5 cara untuk bertenang. Dalam ayat lain, kami paparkan 8 tips bagaimana melatih diri untuk bertenang selalu.

1. Mulakan dengan niat.

Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.

2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.

Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.

3. Kawal emosi.

Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.

4. Pernafasan.

Pernafasan terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.

5. Sembahyang.

Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.

6. Elak berpeluk tubuh.

Ketika sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.

7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.

Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.

8. LET GO.

Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan.

Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.

Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.

Berkaitan:

Motivasi diri – perbaiki diri melalui perbuatan11 Petanda dominan sikap negatifMotivasi dari minyak keretaKesan dari sikap bersangka baikMotivasi diri – 3 tips bagaimana untuk mengurangkan fikiran negatif (bahagian pertama) Comments (16)

View the Original article

Ini Sebab Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda [Sebab 1]

Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Ia adalah untuk membuat Anda sedar potensi diri Anda. Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri Anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah.

Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah, membina hidup yang senang.

Jika Anda lihat hidup Anda selama ini, masalah sebenarnya bersifat sementara. Masalah wujud untuk membuat Anda berubah. Maka berubahlah!

Jangan pandang masalah sebagai masalah tapi pandanglah ia sebagai petanda untuk Anda berubah. Bila Anda dilanda masalah, katakan pada diri Anda, “inilah masa untuk aku berubah, aku kena berubah!” Panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda merasa ada ‘thrill’ untuk menyelesaikannya, bukan terbeban olehnya. Anda kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan.

Masalah tak akan selesai jika Anda gunakan cara lama. Anda kena cari kaedah baru. Anda kena rangka strategi baru. Di sinilah Anda akan jumpa idea-idea baru dan cara-cara baru. Anda kena ubah semua itu.

Bila Anda laksanakan idea-idea baru dan cara-cara baru yang Anda jumpa tadi, kesannya Anda berubah tanpa Anda sedari. Anda akan berjaya menerobos sempadan diri.

Apabila Anda dah berjaya menyelesaikan sesuatu masalah dalam hidup Anda, Anda akan berjaya mengubah diri Anda kepada sikap baru, attitude baru tanpa Anda sedari. Anggap masalah sebagai cabaran, panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda ada motivasi untuk menyelesaikannya.

Berkaitan:

Menghadapi masalah (cabaran)Motivasi – redha dengan masalah yang melandaTips bagaimana kekalkan kegembiraanBagaimana fikiran menarik perkara burukMotivasi wanita – 5 tips bagaimana membina sikap rajin bersyukur untuk wanitaMotivasi – korbankan sesuatu untuk mendapat sesuatu Comments (3)

View the Original article

3 Perkara Perlu Anda Buat Apabila Perbuatan Baik Anda Dibalas Dengan Perbuatan Jahat

Anda buat baik pada seseorang, pastu dia pula buat jahat pada Anda. Perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat. Sedihnya. Apa nak buat pasni? Berikut adalah .

1. Serahkan soalan balasan perbuatannya pada Tuhan.

Tuhan mempunyai cara tersendiri untuk membalas setiap perbuatan jahat orang sekeliling pada Anda. Sebagai contoh, mungkin Tuhan akan buat rezekinya disempitkan, hidupnya disusahkan, usahanya digagalkan. Anda tak akan dapat kawal jumlah orang yang berbuat jahat pada Anda. Anda tak akan dapat elak orang nak buat jahat pada Anda. Tapi orang yang berbuat jahat pada Anda pasti tak akan dapat elak balasan Tuhan atas setiap perbuatan jahat mereka. Soal balas-membalas perbuatan jahat orang pada Anda, itu urusan Tuhan. Serahkan pada Tuhan. Tugas Anda, teruskan bersangka baik, teruskan berperangai baik, teruskan berkata baik-baik. Sebagai orang Melayu beragama Islam, Anda makhluk bertuhan, jadi jangan lupakan Tuhan.

2. Doakan dia.

Orang buat jahat pada Anda, Anda kena doakan dia. Haa? Kenapa pulak? Mana boleh! (Biasanya inilah ayat yang Anda akan kata!) Doakan supaya dia berubah. Sebenarnya, jika Anda balas perbuatan jahat orang pada Anda dengan perbuatan jahat hingga berdendam, ketahuilah Anda sudah masuk ke dalam perangkap pemikiran negatif. Kesannya, fikiran Anda menjadi negatif serta-merta. Tindakan Anda jadi negatif, hidup Anda di kelilingi situasi-situasi negatif. Orang berfikiran negatif hidupnya tak pernah bahagia, tak pernah maju sebab dendam menghalang sesiapa saja dari menjadi orang berjaya. Anda akan kerap ditimpa musibah serta masalah bila menjadi orang pendendam, walau dendam tu cuma sebesar kaki semut. Anda akan kata kesemua masalah yang muncul dalam hidup Anda, Anda tak pernah minta. Sebenarnya Anda sendirilah yang menarik masalah tu datang ke dalam hidup Anda kerana Anda menyimpan dendam. Elak berdendam kerana dendam yang sedikit akan menarik lebih banyak dendam. Lebih banyak dendam tersimpan di hati, lebih sukar rasa Anda nak mencapai kecemerlangan dalam apa jua perkara.

3. Terus maju ke hadapan, usah menoleh ke belakang lagi.

Usaha memburu kecemerlangan tak pernah serik dari dugaan. Sebagai contoh, jika Anda nak jadi pekerja cemerlang, pasti akan ada orang sekeliling yang tak puas hati. Kenapa? Cemburu, simply sebab dia tak nak melihat Anda maju. Anda tak akan dapat elak orang yang cemburu pada Anda. Anda tak akan dapat tahan rasa cemburu orang pada Anda. Anda tak akan dapat halang mana-mana orang dari mencemburui Anda. Usah layan fikiran-fikiran camni kerana ia akan mengubah fokus minda Anda. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan kesibukan memikir cakapan-cakapan orang tentang Anda. Jangan sibukkan fikiran dengan cakapan-cakapan orang kerana Anda akan hilang pedoman, hilang motivasi, hilang inspirasi. Anda akan mudah bersangka buruk sebab Anda asyik memikir apa yang orang cakap pasal diri Anda, Anda akan suka fikir yang bukan-bukan.

Untuk menangani hal sebegini, maafkan saja orang yang berbuat jahat pada Anda. Maafkan saja orang yang berdendam pada Anda. Lepas tu, lupakan kesalahannya. Lepas tu, LET GO hal tu, jangan pernah cuba nak ingat lagi walau sekadar terlintas sesaat di fikiran. Anda kena pastikan hati Anda bersih sentiasa supaya Anda jadi bermotivasi sentiasa. Jika teringat walau sedikit, ingatan yang sedikit tu akan meneutralkan kepositifan Anda.

Untuk menjadi insan berfikiran positif, Anda kena bebaskan hati, fikiran dan kata-kata dari aspek-aspek negatif. Ketahuilah aspek negatif ni jika ada walau cuma sedikit, ia akan merosakkan fikiran positif.

Untuk melupakan hal-hal negatif, ingat saja hal-hal positif sepanjang masa. Jangan lawan fikiran negatif, sebaliknya, penuhkan minda dengan aspek-aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan,kebahagiaan,rasa kekitaan. Makin Anda lawan sesuatu, makin banyaklah Anda dapat apa yang Anda lawan tu.

Berkaitan:

Ini sebab kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda

View the Original article

Thursday, June 2, 2011

Tips Motivasi – 6 Langkah Asas Bagaimana Menangani Masalah


Apa dia masalah? Masalah adalah situasi yang tak Anda ingini. Masalah adalah situasi yang berlaku diluar jangkaan Anda, diluar perancangan Anda. Ada bermacam sebab kenapa masalah terjadi, sebab paling utama adalah kesilapan. Anda silap dalam bertindak, maka berlakulah masalah. Anda silap dalam menetapkan matlamat, maka terjadilah masalah. Anda silap dalam memikir – Anda berfikir negatif, kesannya minda separa sedar Anda kerap menarik masalah. Akhirnya hidup Anda tak pernah serik dari dilanda masalah. Lepas satu masalah, datang lagi satu masalah!

Berikut adalah 5 tips asas bagaimana untuk menangani masalah.

1. Fahami sebabnya

Kenapa masalah muncul? Masalah berpunca dari kesilapan Anda – kesilapan dalam bertindak, kesilapan dalam berfikir, kesilapan dalam berniat, kesilapan memasang matlamat, kesilapan berimaginasi. Masalah situasi yang tak Anda ingini. Anda tak akan dapat elak. Untuk menangani masalah dari peringkat asas, fahami dulu sebabnya. Sebab apa masalah muncul? Ia berlaku sebagai cara untuk menunjuk Anda cara yang betul. Masalah dimunculkan untuk Anda nampak langkah yang betul. Dalam perspektif lain, Tuhan menurunkan masalah pada Anda sebagai balasan kepada perbuatan Anda, mungkin Anda ada buat dosa tanpa pernah meminta ampun.

2. Gali kepositifan disebalik masalah.

Setiap yang berlaku, pasti ada kebaikan tersirat di dalamnya. Masalah berlaku semata-mata untuk membuat Anda berubah. Jangan menyerah pada masalah. Jika Anda dilanda masalah, cari apa yang baiknya masalah tu. Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kekurangan duit, kebaikannya, Anda akan terdorong untuk rajin bekerja atau berniaga supaya Anda berduit. Kenapa perlu gali kepositifan disebalik masalah? Supaya Anda nampak jalan keluar dari masalah, bukan buntu sebab dilanda masalah.

3. Optimis masalah tu boleh selesai.

Optimis adalah sikap dimana Anda yakin apa yang Anda usahakan boleh berhasil. Anda nampak di mana jalan keluar, Anda dapat rasakan apa yang Anda buat boleh mendatangkan kesan selagi Anda terus berusaha. Makin berusaha, makin nampak kesannya. Dalam menangani masalah, Anda perlu optimis. Anda perlu hadirkan rasa yakin bahawa masalah Anda boleh selesai. Setelah menggali hikmah di sebalik masalah (kepositifan) Anda perlu hadirkan rasa yakin masalah Anda boleh selesai, janji teruskan berusaha hingga masalah berjaya diselesaikan sepenuhnya.

4. Fikir penyelesaian, bukan bebanan.

Inilah aspek terpenting bagaimana menangani masalah. Fikirlah penyelesaian masalah, bukan memikir bebanan masalah. Jika Anda dilanda masalah secara tiba-tiba, terus fikir bagaimana menyelesaikannya. Elak merasa terbeban oleh masalah, elak berkata tentang masalah Anda. Meluah masalah tu boleh, tapi jangan amalkan kerana asyik meluah akan menyebabkan Anda tak nampak jalan keluar dari masalah melainkan Anda meminta pendapat bagaimana nyelesaikan masalah. Fikir penyelesaian masalah, Anda kena bercakap dan berbincangan mengenai penyelesaian masalah. Hati Anda kena yakin Anda kini menuju kepada penyelesaian masalah, bukan berlegar-legar di dalam masalah.

5. Tulis, buat, lihat prestasi.

Setelah Anda memikir jalan penyelesaian masalah, langkah seterusnya, tuliskan penyelesaian-penyelesaian itu. Kenapa? Sebab Anda perlu mengingatkan diri sendiri bahawa Anda sedang berusaha menyelesaikan masalah. Cara ini akan membuat Anda dapat mengelak dari merasa terbeban oleh masalah, sebaliknya mendidik minda Anda supaya memfokus pada usaha menyelesaikan masalah. Tulis penyelesaian masalah yang Anda boleh fikir, buat apa yang Anda fikir tadi, pastu lihat perkembangannya cemana. Kaji, adakah Anda nampak masalah Anda makin boleh diselesaikan atau makin bertambah?

6. Bertindak, bertindak, bertindak.

Kereta tak bergerak apabila minyaknya tak ada. Sepiring mee kari segera Maggi tak sedap di makan apabila rempah karinya tak ada. Duit tak akan ada bila Anda tak ada kerja. Begitu jugalah dengan masalah. Masalah tak akan selesai bila Anda tak bertindak. Selesaikan masalah. Elak hanya merasa terbeban oleh masalah. Sebaik-baik cara menangani masalah adalah dengan bertindak menyelesaikannya.

Berkaitan:

4 petanda pemikiran negatif dalam diri seseorangIni sebab kenapa Tuhan turunkan masalah

View the Original article

Tips Motivasi – 3 Perkara Perlu Digabung Jika Mahu Komited Ke Arah Kejayaan

Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:

1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.

Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.

Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.

Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif.

Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:

1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.

Down cemanapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.

Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.

Be strong!

Berkaitan:

5 sikap positif perlu Anda bina pada tahun 2011Tips motivasi – 5 tips bagaimana untuk rasa gembira sekarang ini7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatifLetak target memperbaiki diri sendiri dari sehari ke sehari untuk mencipta kemajuanMotivasi diri – motivasi ada di mana-mana, buka mata dan lihatlah!Tips motivasi – 4 petanda Anda tidak yakin pada diri sendiri Comments (10)

View the Original article

Makna Cinta Pada Allah

Apa ? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila Anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup Anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti Anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? Anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook Anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya Anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta Anda padanya.

Untuk apa Anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa Anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana Anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang Anda, supaya Anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila Anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, Anda rasa cukup puas hati.

Bila Anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya Anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat ornag yang Anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang Anda lakukan lantas melihat Anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.

Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki Anda dimurahkan, hidup Anda dibahagiakan, urusan Anda dipermudahkan, masalah Anda dikurangkan, pergaulan Anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.

Berkaitan:
Motivasi – DIA mahu kita berjaya

Comments (8)

View the Original article

Wednesday, June 1, 2011

Makna Cinta Pada Allah Untuk Seorang Wanita Berkeluarga

Dalam artikel lalu, kami di iMotivasi mengupas makna cinta pada Allah.

Cinta pada Allah adalah satu perasaan mendalam apabila Anda terdorong mahu melakukan sesuatu kerana ingin mendapat perhatian Allah. Anda melakukan sesuatu bukan untuk mendapat balasan dari seseorang dan bukan untuk mendapat untung tapi untuk meraih perhatian Allah, untuk meraih kasih sayangnya. Anda berbuat baik kepada orang sekeliling supaya Allah perhatikan apa yang Anda buat.

Wanita adalah golongan paling mudah mendapat pahala terutama jika wanita itu adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang suri rumah, seorang anak kepada ibu dan bapanya. Jika Anda seorang wanita,Anda boleh menerapkan rasa cinta pada Allah ni dalam segenap aktiiviti harian Anda.

Bagaimana? Caranya, niatkan berbuat sesuatu kerana Allah. Apa saja yang Anda buat, niatkan kerana Allah, niatkan mahu berbuat kebaikan moga dengan kebaikan itu Allah mampu memberi perhatian kepada Anda lantas merahmati kehidupan Anda.

Elak berbuat sesuatu kerana mahu dipuji, kerana mahu disanjung, kerana mahu dihargai atau kerana mahu meraih kejelesan orang lain. Apabila Anda berbuat sesuatu kerana Allah, secara automatik pasangan Anda jadi lebih tertarik pada Anda. Orang lain juga akan tertarik kepada Anda tanpa Anda sedari.

Lebihkan peranan. Lebihkan memberi bakti, bukan mempersoalkan hak. Elak mempersoalkan apa yang sepatutnya Anda dapat.

Kenapa perlu elak? Sebab apabila Anda mempersoalkan hak, Anda akan diapi-apikan oleh EGO. Ego adalah salah satu pendorong konflik rumahtangga kerana ego membangkitkan kemarahan

Berikut adalah 3 cara bagaimana untuk menerapkan rasa cinta pada Allah sebagai seorang wanita berkeluarga:

1. Turunkan ego.

Mulai saat ini, sebagai seorang wanita, Anda kena turunkan level ego Anda. Jangan bercakap pasal hak,jawatan, pangkat, pendapatan, jumlah duit yang Anda ada, pencapaian Anda dan kebaikan-kebaikan Anda. Ubah prespektif.

Sebaliknya, banyakkan berbuat kebaikan pada suami, pada anak-anak, pada mentua, pada ipar duai, pada adik-beradik Anda, pada jiran-jiran, pada orang-orang di sekeliling Anda. Zahirkan rasa cinta pada Allah dengan merajinkan diri berbuat kebaikan. Berbuat baiklah dengan niat kerana mahu menambah rasa takwa. Anda berbuat baik kerana Anda mahu Tuhan melihat perbuatan baik Anda. Moga dari itu, rasa bertuhan di dalam hati semakin kuat, semakin berakar, semakin utuh.

2. Niatkan segala perbuatan 100% kerana Allah.

Apabila Anda melayan suami, niatkan layanan Anda tu untuk Allah, maksudnya, berbuat baik pada suami supaya Anda melihat apa yang Anda buat, supaya dari perbuatan baik Anda pada suami tu kesannya hidup Anda diberkati. Anda buat semua tu kerana Anda mahu Allah redha pada Anda, supaya apabila Allah redha, Dia menurunkan kebahagiaan dalam rumah tangga Anda.

Sebagai contoh, apabila Anda memasak, niatkan masakan itu kerana Allah iaitu dengan memasak untuk menggembirakan hati suami, untuk menggembirakan hati anak-anak juga untuk menggembirakan hati orang-orang yang tinggal serumah dengan Anda.

Jika Anda sedang menyediakan sarapan pagi niatkan perbuatan Anda itu untuk Allah, maksudnya Anda menyediakan sarapan pagi didorong oleh rasa takwa, iaitu berbuat baik kerana mahu perbuatan Anda dapat memancing ‘special attention’ daripada Allah. Bila Allah sudah memberi perhatian, pasti rahmatnya melimpah ke dalam hidup Anda sekeluarga. Kesannya, pasti suami bahagia menjalani hidup bersama Anda, pasti anak-anak bahagia beribukan Anda.

3. Jaga hubungan dengan Allah, jangan hubungan dengan suami serta orang-orang di sekeliling.

Jaga hubungan Anda dengan Allah dengan bersembahyang, membaca Quran, berpuasa. Hati Anda kena dikemudi. Lakukan semua tu kerana Allah, iaitu kerana mahu menambah rasa takwa kepada Allah, bukan sekadar mahu beribadah untuk menambah pahala. Jaga hubungan Anda dengan suami, dengan anak-anak, dengan orang lain. Buatlah kebaikan selalu pada mereka supaya dengan itu hubungan Anda dengan mereka sentiasa terjaga. Inilah caranya bagaimana Anda menerapkan rasa cinta pada Allah dalam segenap kehidupan Anda. Hati Anda biar difokuskan untuk memberi kegembiraan. Gembirakan suami dan anak-anak simply kerana Anda mahu melihat keceriaan terpancar di wajah mereka kesan dari peranan Anda.

Islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar sebuah agama. Terapkan rasa cinta pada Allah dengan berbuat baik. Bila Anda merajinkan diri berbuat baik, pasti rasa cinta pada Allah semakin membara.

Berkaitan:
3 Perkara Perlu Anda Buat Apabila Perbuatan Baik Anda Dibalas Dengan Perbuatan Jahat
Motivasi Wanita-5 Tips Bagaimana Membina Sikap Rajin Bersyukur Untuk Wanita
Motivasi Diri

View the Original article

Tips Motivasi – 3 Sebab Dominan Kenapa Anda Hilang Motivasi

Motivasi adalah penggerak diri Anda berusaha.

Berikut adalah 3 sebab dominan kenapa Anda hilang motivasi.

1. Anda tak yakin usaha Anda boleh berjaya – Anda tak percaya Anda boleh buat.
2. Anda kehilangan fokus – Anda keliru apa yang nak dicapai.
3. Anda kehilangan arah – Anda tak tahu apa nak dilakukan.

Berkaitan:

Mengomel menjadikan Anda negatifKomplen – tak patut mengomplenMotivasi diri – berdepan sebuah kemalasanSikap negatif – 11 petanda dominanMotivasi diri – 5 tips bagaimana menggesa diri untuk berubahTips bagaimana untuk kekalkan fikiran positif dari pagi sampai ke malam Comments (4)

View the Original article

4 Perkara Pendorong Motivasi Untuk Jadi Gembira

Kenapa Anda tak bermotivasi? Sebab Anda tak happy. Penyebab Anda tak bermotivasi ada banyak, tapi yang biasa terjadi adalah dari ketidakhepian Anda. Anda tak hepi, kesannya Anda tak bermotivasi.

Bila Anda rasa seronok, bahagia, gembira, Anda akan bermotivasi. Anda akan rasa bersemangat mahu mencapai sesuatu. Semangat Anda berkobar-kobar. Anda jadi bertenaga.

Motivasi adalah dorongan yang muncul dari 4 perkara, iaitu:

1. Keseronokan ketika melakukan sesuatu.
2. Kemahuan mahu mencapai sesuatu.
3. Keinginan mahu memiliki sesuatu.
4. Keseronokan menikmati sesuatu.

Kenapa orang suka tengok wayang? Sebab mereka rasa seronok ketika sedang dalam proses menonton wayang. Kenapa orang suka marah-marah? Sebab mereka rasa seronok ketika dalam proses menghambur rasa marah. Kenapa orang bercinta? Sebab seronok rasanya ketika sedang bercinta.

Kenapa orang yang sukakan fotografi kerjanya tak ada lain, cuma ambil gambar? Sebab aktiviti mengambil gambar mendatangkan keseronokan kepadanya. Kenapa orang yang suka membaca kerjanya tak ada lain, cuma membaca? Sebab membaca mendatangkan keseronokan kepadanya. Ini adalah contoh-contoh motivasi. Anda akan bermotivasi tatkala Anda rasa seronok.

Untuk Anda naikkan tahap motivasi, rahsianya FEEL GOOD. Feel good hadir apabila Anda rasa seronok atau rasa terhibur. Hadirkan rasa ghairah (seronok yang amat) tatkala melakukan sesuatu atau ketika mahu melakukan sesuatu supaya Anda bermotivasi. People fall in love because they feel good doint it!

Dalam apa jua perkara yang Anda lakukan, fikir cemana Anda nak rasai keseronokan melakukannya. Cari cara cemana Anda leh rasa feel good. Contohnya, ketika Anda sedang mencuci kereta, fikir cara cemana Anda boleh rasa seronok melakukan aktiviti cuci kereta. Cari cara cemana Anda suka mencuci kereta.

Contoh lain, aktiviti memasak. Bagi Anda yang suka memasak, Anda akan faham cemana seronoknya memasak ni. Anda akan rasa seronok memasak ketika Anda sedang menggoncang-goncang masakan dalam kuali di dapur, ketika sedang menyediakan bahan, keitka menunggu masakan Anda siap di masak, ketika melihat rasa puas hati di wajah orang yang memakan masakan Anda. Ibu-ibu dan suri rumah pasti tahu hal ni. Mereka rasa puas hati.

Emosi Anda adalah pencetus motivasi. Jadi, Anda kena mahir kuasai emosi. Mulakan dengan menghadirkan rasa ‘feel good’. Anda akan merasa terinpirasi. Bila sudah terinspirasi, itu petanda Anda bermotivasi.

Cara terbaik untuk elak dijangkiti pemikiran negatif dari orang disekeliling
Cara bagaimana mengatasi stress melalui fikiran
Tips motivasi – 3 sebab dominan kenapa Anda hilang motivasi
Makna cinta pada Allah
2 sebab kenapa Anda tak gembira

5 sikap positif perlu Anda bina pada tahun 2011
Tips motivasi – lakukan yang terbaik bermula dari perkara kecil

Comments (2)

View the Original article