Soalan seterusnya, kenapa Anda mahu berjaya? Haaa.. biasanya, bila Anda menjawap soalan ni, Anda akan terdiam seketika. Bingung. Keliru. Tak tahu. Tak pasti kenapa nak memburu kejayaan.
Ada banyak sebab kenapa Anda mahu berjaya. Sebab paling kerap, Anda mahu senang. Anda mahu memiliki semua apa yang Anda mahu beli, Anda mahu pergi tempat yang Anda teringin nak pergi, Anda mahu luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang Anda minati.
Niatkan kecemerlangan Anda untuk orang sekeliling. Jadilah seorang yang mahu berbakti sebab bila Anda memasang niat sebegitu, motivasi Anda akan kekal lama. Dedikasikan tenaga Anda untuk membantu memperbaiki diri orang lain kerana Anda akan merasa amat termotivasi.
Sebagai contoh, sayangilah seseorang kerana mahu membahagiakan dirinya. Jadilah seorang pelajar cemerlang dengan niat kecemerlangan itu untuk membahagiakan hati ibu dan bapa Anda.
Jadilah seorang pekerja cemerlang supaya organisasi Anda bergerak maju ke depan hasil usaha keras Anda. Jadilah seorang bos yang membentuk pekerja-pekerjanya jadi pekerja berjaya, bukan hanya tahu memarahi kesalahan mereka.
Anda akan berjaya mengecapi kejayaan apabila Anda dedikasikan diri Anda untuk membentuk kejayaan orang lain.
Sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.
Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.
Jadilah seorang penyumbang, elakkan asyik mempersoal hak, darjat, pangkat dan maruah.
Motivasi kejayaan – dahulukan gabungan ilmu dan minda, bukan gabungan ghairah dan nafsu serakahTips motivasi – 5 jenis orang yang akan Anda jumpa dalam proses menuju kejayaanMotivasi kejayaan – kenapa Anda perlu dekatkan diri dengan orang bermotivasi Motivasi kejayaan – hidup ini membantu Anda jadi orang berjayaMotivasi kejayaan – 3 perkara membuat Anda hilang motivasiMotivasi kejayaan – kejayaan adalah sesuatu yang dicipta, bukan terjadi secara kebetulanView the Original article
No comments:
Post a Comment