Jika Anda tidak ada motivasi, itu maknanya di dalam hati Anda, ada sesuatu yang tidak kena.
Anda tidak bersemangat sebab hati Anda tidak damai, tidak tenang, gusar dan tertekan. Motivasi hanya akan ada apabila Anda tidak ada rasa gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau dendam.
Orang yang bermotivasi adalah orang yang merasa seronok melakukan setiap aktiviti yang dilakukannya.
Dia bermotivasi kerana di dalam hatinya tidak ada perasaan gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau berdendam. Yang ada hanyalah perasaan suka, riang, girang dan enjoy.
Bagaimana untuk membangkitkan motivasi?
Gembirakan diri sendiri.
Nikmati apa yang Anda lakukan, nikmati aktiviti yang Anda buat, rasai keseronokannya hingga Anda tak ingat dunia. Biar Anda syok sendiri.
Bila sudah seronok, ada motivasi.
Orang berjaya sentiasa bermotivasi kerana mereka seronok apa yang mereka buat. Aktiviti mereka banyak menjurus kepada pencapaian matlamat.
Maka, Anda perlu tahu apa yang Anda mahu capai, kemudian nikmati keseronokan dalam proses berusaha mencapai matlamat Anda itu.
Cuba ambik contoh perlawanan bola sepak. Keseronokan buat para pemain adalah ketika mereka berusaha mengejar bola, memberi bola kepada rakan sepasukan dengan matlamat untuk memasukkan bola tersebut ke gawang lawan seberapa banyak yang mungkin.
Proses menyumbatkan bola ke ruang gol pihak lawan mendatangkan keseronokan buat mereka. Sepanjang permainan, fikiran mereka tertumpu pada usaha menjaringkan gol. Setiap pemain bekerjasama untuk memastikan bola dapat dimasukkan ke gol lawan.
Inilah apa yang di maksudkan dengan ‘enjoy the process‘.
Comments (3)View the Original article
No comments:
Post a Comment