Seperti dikatakan sebelum ini, iMotivasi kembali muncul menjengah ke skrin Anda. Motivasi yang dulunya tidak ada, kini sudah ada semula. Kami termotivasi oleh satu situasi.
Semua ini terjadi kerana Allah Yang Maha Esa.
DIA memberikan pertolongan, menemukan kami dengan insan yang memberi bantuan.
DIA mengilhamkan idea yang tak pernah kering alirannya. Syukur alhamdulillah.
Kekadang Anda jadi amat jauh darinya, dengan alasan sibuk dengan kerja, sibuk dengan keluarga, sibuk mengurus segala.
Namun hati akan mula merasa dekat padanya apabila musibah-musibah kecil melanda.
Benarlah. Musibah bukan hanya menjadi cabaran. Musibah bukan hanya sekadar permasalahan.
Ia juga adalah teguran daripada ALLAH. DIA menegur kita kerana kita sudah tidak mengingatinya.
Motivasi wujud dalam pelbagai bentuk, sama ada bentuk halus, bentuk yang baik dan bentuk yang tidak baik. Ada motivasi jenis keras. Ada motivasi jenis lembut. Kedua-duanya memberi impak yang serupa.
Kesannya, Anda akan terdorong berusaha!
Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi KerjaView the Original article
No comments:
Post a Comment