Sebenarnya ramai di antara kita berkeinginan besar mahu jadi orang berfikiran positif sebab ramai dari kita mahu membina hidup yang jauh lebih baik dari hidup yang sekarang ini. Ramai nak mengecapi kejayaan.
Seperti Anda, jutaan orang di luar sana mahu berjaya. Kejayaan yang Anda idamkan, kejayaan sebegitulah yang mereka inginkan. Hakikatnya jalan menuju kejayaan dipenuhi cabaran.
Cabarannya, Anda akan merasa sukar mengamalkan fikiran positif. Anda akan merasa senang berfikiran negatif. Anda merasa selesa berfikiran negatif sebab ia sudah menjadi kebiasaan pada Anda.
Musuh paling ketat, paling bermaharajalela adalah diri Anda sendiri, yakni nafsu Anda.
Sahabat paling rapat, pendamping paling baik adalah roh Anda. Roh bersuara melalui ilham spontan sama seperti curahan idea. Nafsu bersuara melalui keinginan yang dinyatakan di hati, terbit di fikiran, terzahir di perbuatan.
Untuk kekal menjadi orang berfikiran positif, rajinkan diri beristighfar tiap kali Anda mula bersangka buruk.
Setiap kali Anda dapati Anda bersangka buruk pada orang di sekeliling Anda, Anda tidak yakin, sangsi atau gusar terhadap sesuatu, Anda takut perkara-perkara buruk yang bakal terjadi, istghfarlah sebab itu adalah godaan nafsu. Nafsu dipengaruhi oleh bisikan-bisikan syaitan.
Istighfar adalah lafaz meminta ampun daripada Allah kerana anda merasa diri Anda telah melakukan kesalahan atau merasa Anda alpa dek bisikan syaitan. Setiap kali melafaz istighfar, setiap kali itulah Anda merasa Anda terlepas dari satu bebanan berat. Anda merasa semakin dekat dengan Tuhan kerana Anda mengharap mahu diampunkan.
Nafsu membuat Anda jauh daripada Tuhan kerana Anda mempersoalkan apa yang bakal terjadi, dari situlah fikiran negatif muncul. Anda tidak tahu sama apa yang Anda usahakan kaan menjadi atau tak menjadi.
Sikap mempersoalkan, merasa gusar atau merasa sangsi adalah petanda Anda tidak ada ‘faith’ iaitu sikap berserah pada ketentuan Tuhan.
Orang yang berserah pada ketentuan Tuhan adalah orang positif fikirannya sebab orang sebegini sentiasa melihat kebaikan dalam apa jua keburukan. Orang yang suka mempersoalkan, mengungkit, mempertikai hak, skeptik serta bersangka buruk adalah orang berfikiran negatif sebab dia melihat keburukan dalam kebaikan.
Orang berfikiran negatif jarang ada yang berjaya. Jika ada, kejayaan yang diraih tidak berkembang. Sekejap cuma.
Orang berfikiran positif, ramai yang berjaya bahkan dia menggapai semakin banyak kejayaan.
Sikap positif membuat sesiapa saja dekat dengan kejayaan. Sikap negatif membuat sesiapa saja jauh dari kejayaan.
Sebenarnya tidak susah menjadi orang berfikiran positif. Anda cuma niatkan dalam hati mahu bersangka baik, amalkan sikap bersangka baik lalu serap sikap bersangka baik sebagai sikap kekal pada diri Anda. Pilihlah untuk menjadi orang baik hati.
Usah meninggi diri, merendahkan-rendahkan orang, riak, bongkak, mahupun merasa lebih.
Elak mentertawakan seseorang kerana kesilapannya, kerana kealpaannya juga kerana kegagalannya kerana apabila Anda buat semua tu, Anda membuka ruang untuk menjadi orang berfikiran negatif. Anda akan terjerumus ke lembah sikap negatif tanpa Anda sedari. Inilah kenapa musuh paling ketat adalah diri Anda sendiri, bukannya orang lain.
Binalah semangat kekitaan tanpa mempersoalkan siapa Anda, pangkat Anda, darjat Anda mahupun tahap pendidikan Anda. Ringankan tangan berbakti dan rajin-rajinkan diri berbuat baik.
Amalan ini baik sebagai terapi buat diri Anda dalam usaha berlatih menjadi orang berfikiran positif.
doa kejayaan, kejayaan malaysia, kejayaan nicol david, kejayaan., kerja, minda separa sedar, motivasi, motivasi diri, motivasi kejayaan, motivasi kerja, tip motivasi diri, tips kejayaan Comments (1)View the Original article
No comments:
Post a Comment