Tuesday, May 31, 2011

Motivasi Cinta – 4 Tips Bagaimana Berdepan Lelaki Pemalu

Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda berdepan lelaki pemalu?

1. Anda kena berani memulakan.

Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.

2. Gunakan cara non-verbal.

Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.

3. Malu biasanya cuma sementara.

Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.

4. Cakap pasal topik umum.

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!

5. Santaikan wajah, santaikan suara.

Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara Anda.

Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman.

Motivasi cinta – setiap hari adalah hari untuk raikan cintaMotivasi cinta – Anda dicipta untuk melengkapi kekurangan AndaMotivasi cinta – bagaimana menentukan hala tuju cintaRahsia cinta – komitmen dua hatiTip cinta – selidiki hati kitaMotivasi cinta – 13 ciri-ciri lelaki pilihan wanita chinta, cinta, motivasi cinta, tentang cinta, tip cinta, tips cinta Comments (10)

View the Original article

Cara Bagaimana Mengatasi Stress Melalui Fikiran

Fikiran Anda cepat menjangkit ke fikiran orang lain.

Begitu juga dengan orang lain ni. Fikiran mereka boleh menjangkiti fikiran Anda. Untuk Anda menangani stress dan menangani perasaan tertekan, cara paling senang adalah dekatkan diri dengan orang-orang berfikiran positif.

Kenapa? Fikiran positif orang yang Anda dekati tu akan menjangkiti fikiran Anda. Solusi terbaik, Anda kena ada pasangan hidup yang berfikiran positif supaya Anda jadi positif sentiasa.

Cara kedua, dekatkan diri sedekat mungkin dengan orang yang sentiasa bersyukur. Sebab, orang yang sentiasa bersyukur ni hatinya dipenuhi bunga-bunga kegembiraan.

Dia bersyukur dengan apa yang dia ada, justeru dia gembira mensyukuri semua apa yang Tuhan bagi kat dia – contohnya anggota badan, ahli keluarga, kerjaya, rumah, kereta, laptop dia, kawan dan duit yang dia walaupun jumlahnya RM10 saja.

Itulah dia dua cara cemana nak mengatasi stress melalui fikiran.

Jika Anda lawan stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Terbalikkan. Binalah kegembiraan dan binalah kepositifan supaya Anda dapat kecilkan impak stress terhadap diri Anda.

Berkaitan:

Tips motivasi – 8 cara bagaimana untuk bertenang-tenang selalu.Istighfar peningkat motivasiStress – menangani stress dengan cara lalu dan buatMasalah akan selesai bila Anda fokus pada penyelesaian masalahMotivasi diri – 2 kebaikan dari perasaan bersyukur Comments (1)

View the Original article

Hilangnya Kami Sungguh Lama

Seseorang berada dalam tempoh diam untuk dia mencari sesuatu. Bagi kami, diamnya kami kerana kami memuhasabah diri atau kami sedang mengeksplorasi sesuatu. Diamnya kami sebegitu lama adalah kami mencari sesuatu. Kami mencari kekuatan.

Kini apa yang kami cari dah kami temui. Dulu, kami di iMotivasi suka bercakap pasal diri sendiri, jika tak banyak, pasti ada. Kata orang, sebelum mengajar orang, diri sendiri perlu di perbetulkan. Itulah yang terjadi pada diri kami. Diamnya kami kerana kami berusaha membetulkan diri sendiri. Seboleh mungkin, kami akan berusaha memberikan informasi tanpa perlu mengetengahkan diri sendiri sebagai contoh. Elak untuk riak tumbuh membiak di hati.

Kata ramai pembaca, penulisan kami di blog ini sudah jadi semakin matang. Matang yang bagaimana? Jadi lebih serius atau jadi kurang lawak? Motivasi sering di kaitkan dengan sikap bersemangat tinggi, namun bagi kami itu tidak semestinya betul. Kami untuk berkongsi informasi motivasi dalam nada santai.

Bila sudah selalu bersemangat tinggi, sampai ke satu masa nanti tangki motivasi dalam diri kami pasti akan kosong sebab kami alirkan isinya pada diri Anda. Kami perlukan masa untuk ‘refill’ motivasi dalam diri kami. Maaf dipinta kerana masa untuk kami berkelana sudah terlalu lama. Kini kami kembali untuk Anda.

Berkaitan:

Segalanya untuk DIANiat menubuhkan blog ni hanya satu – to bring joy to millions!Dr Tuah dengan website baru – kaler biru!Kenapa tulis blog motivasi?Berfikiran positif, bukan berfikiran negatifTiada apa yang sempurna Comments (4)

View the Original article

Monday, May 30, 2011

Sebab Bahaya Duduk Berdekatan Orang Berfikiran Negatif

Selama ni mungkin Anda tak sedar betapa bahayanya duduk berdekatan dengan orang yang fikirannya negatif. Cemana nak kenal orang sebegini? Lihat dua perkara:

1. Percakapannya.

2. Tindakannya.

Orang berfikiran negatif banyak bercakap mengenai keburukan orang lain, dia biasanya banyak meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia suka menceritakan kegeramannya terhadap sikap orang-orang tertentu, situasi tertentu, benda tertentu. Dia lebih banyak mem’blame’ (menyalahkan).

Orang berfikiran negatif cepat memandang buruk pada sesuatu yang baru. Tindakan mereka lebih banyak mengelak dari tanggungjawab. Jika diberi tanggungjawab, orang berfikiran negatif biasanya akan buat ala kadar saja.

Dalam bisnes, orang berfikiran negatif berbisnes untuk mencari duit supaya dia cepat kaya.

Orang berfikiran positif pula berbisnes untuk dia menabur bakti dan membantu orang lain. Untung dan duit menjadi perkara kedua, kepuasan pelanggan lebih utama. Mindset fikiran negatif wujud tanpa Anda sedari.

Jika Anda perasa Anda ada sikap-sikap negatif seperti yang diterangkan tadi, ubah cepat sebab sikap itu akan jadi penghalang untuk Anda cemerlang. Orang berfikiran negatif takkan pernah cemerlang, bahkan berusaha menghalang Anda dari jadi cemerlang.

Berkaitan:

Tips motivasi – 3 sebab dominan kenapa Anda hilang motivasi3 perkara perlu Anda buat apabila perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat3 cara bagaimana mengurangkan sikap skeptikMotivasi diri – 5 tips bagaimana menjaga fikiran positif setiap hari4 petanda bagaimana kenal pasti pemikiran negatif dalam diri seseorang Comments (8)

View the Original article

Cara Terbaik Untuk Elak Diri Dijangkiti Pemikiran Negatif Dari Orang Sekeliling

Bila Anda beradai di persekitaran yang dikelilingi oleh orang-orang bermindset negatif dan mereka sedang mengatakan sesuatu yang negatif, sebenarnya Anda sedang menyediakan diri Anda untuk dijangkiti pemikiran negatif.

Anda akan terjangkit pemikiran negatif mereka, Anda akan terbawa-bawa oleh cakapan negatif mereka sebab Anda rasa seronok bercakap begitu seperti mereka.

Cara terbaik untuk mengelakkan Anda dijangkiti pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri, cuma memberi respon ketika di minta atau ketika dirasakan perlu. Elakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif.

Elak menyertai perbualan bersifat negatif. Mengumpat, mengeji, memburuk-burukkan dan mentertawakan seseorang adalah contoh perbualan bersifat negatif.

Anda tak akan dapat mengelak habis dari perbualan negatif sebab orang-orang yang menyertai perbualan sebegini adalah kawan-kawan Anda sendiri. Anda akan dianggap sombong dan membenci apabila tidak menyertai mereka. Untuk mengambil hati mereka, Anda kena join. Bila sudah join, bahayanya Anda akan jadi orang berfikiran negatif seperti mereka.

Diam adalah cara terbaik. Diam lebih baik dari bersuara untuk mengata dan dari mengutarakan rasa -tidak puas hati. Bila sudah tidak puas hati, Anda akan tidak puas hati berkali-kali untuk hari-hari seterusnya.

Berkaitan:

Lambat ke cepat nak berubah kepada pemikiran positif?Akibat buruk dari sikap memaki-makiSebab bahaya duduk berdekatan orang berfikiran negatifBagaimana fikiran Anda menarik perkara-perkara buruk7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai pemikiran negatif Comments (2)

View the Original article

Fikiran Negatif Ada Power Tersendiri Sehebat Gelombang Tsunami

Fikiran negatif punya power tersendiri. Pasti Anda pernah terdengar sebuah buku bertajuk The Power Of Positive Thinking. Buku ini menerangkan tentang kesan amalan berfikiran positif dalam kehidupan – kerjaya, kekeluargaan, perniagaan, perhubungan, tabiat dan mindset.

Anda perlu sedar, setiap perkara yang ada di dunia ini ada lawannya. Positif lawannya negatif. Ada sebuah buku ditulis dengan tajuk Power Of Negatif Thinking, tugasnya menerangkan tentang kesan pemikiran negatif dalam kehidupan. Fikiran negatif juga ada powernya.

Nak jadi cemerlang, seboleh mungkin elakkan berfikiran negatif. Fikiran negatif kerjanya memusnahkan, fikiran positif kerjanya membina. Membina sesuatu agak lama, sedangkan memusnahkannya sekelip mata saja.

Lihat bencana Tsunami. Datangnya sekali dalam puluhan tahun, namun impaknya besar sekali.

Tsunami memusnahkan kota yang dibina bertahun-tahun lamanya. Fikiran negatif jika ada pada Anda, ia akan menjadi pemusnah sehebat Tsunami, memusnahkan harapan Anda dan menguburkan impian Anda yang Anda sudah bina bertahun-tahun.

Amat bahaya jika Anda berfikiran negatif. Anda susah nak maju, susah nak bergaul, susah nak cemerlang dalam apa jua yang Anda lakukan. Fikiran negatif ada pada setiap orang kerana setiap orang ada ketidaksukaan pada seseorang yang lain. Setiap orang ada kebencian dan kebusukhatian masing-masing, cuma dalam kuantiti berbeza.

Orang yang benar-benar berfikiran positif adalah orang yang tidak ada hasad dengki, tidak ada benci hatta sakit hati sedikitpun. Orang sebegini tidak pandai marah dan mukanya lembut saja. Dia mungkin lurus bendul tapi ketahuilah hatinya sangat bersih. Ada lagi ke orang sebegini?

Andalah penentu hidup Anda.

Semuanya bermula dari fikiran. Ketenangan hidup, kebahagiaan dan kejayaan, semuanya bermula di minda di pandu oleh ilham dari Yang Maha Esa. Minda bertindak ibarat sebuah doa. Apa yang kita doakan selalu, itulah yang akan kita dapat sama ada cepat atau lambat saja.

Emosi dan motivasi – 13 tips bagaimana membina emosi positif

View the Original article

Sunday, May 29, 2011

Tips Bagaimana Bergaul Dengan Orang Yang Anda Tak Puas Hati, Orang Yang Anda Kurang Senang, Orang Yang Anda Benci

Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab Anda tertekan memikirkan situasi yang akan Anda lalui juga situasi yang telah Anda lalui. Anda stress sebab Anda tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang Anda kenali.

Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika Anda berada dalam situasi di mana Anda terpaksa berhadapan dengan orang yang Anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.

Niatkan Anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.

Anda akan perasan selepas beberapa minit Anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan Anda walau hakikatnya Anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi Anda hingga Anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.

Sebagai contoh, jika Anda seorang staff bawahan dan Anda merasa kurang senang bila bos Anda ada berhampiran dengan Anda kemudian Anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati Anda mahu berbaik-baik saja dengan bos Anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.

Minda separa sedar Anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi Anda tenang. Bila Anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar Anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika Anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.

Bila minda separa sedar sudah faham Anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .

Gelombang ni keluar dari minda Anda, terlepas ke persekitaran Anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling Anda. Orang yang Anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda Anda kerana dia berada berhampiran Anda.

Gelombang minda Anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya.

Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan Anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan Anda.

Inilah caranya bagaimana Anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar Anda. Puncanya adalah Anda,semuanya bermula dari Anda. Untuk Anda nak berbaik-baik dengan orang, Anda kena baik hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.

Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati Anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.

Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab Anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa Anda sedari.

Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat kemurkaan Allah, Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan Anda.

Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada Anda. Kenapa? Supaya hati Anda bersih sentiasa.

Bila hati sudah bersih, Anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan Anda simply sebab Anda ada aura yang menyenangkan.

Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan Anda.

Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran Anda.

Itulah sebabnya amat penting sekali Anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya Anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.

Jika Anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan Anda. Dia akan merasa kurang senang dengan Anda secara tak semena-mena.

Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.

Puncanya, Anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa Anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati.

Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasiUsaha kuat supaya hidup berubah jadi hidup berjaya7 cara bagaimana untuk bangkit dari kegagalan

View the Original article

Niat Terbaik Dalam Mengejar Kejayaan

Niat menjadi pendorong terbesar buat Anda dalam apa jua yang Anda lakukan. Sebagai contoh,kenapa Anda bersembahyang? Sebab Anda niatkan untuk Allah, untuk mengikuti perintahnya. Anda bersembahyang kerana Anda disuruh bersembahyang.

Soalan seterusnya, kenapa Anda mahu berjaya? Haaa.. biasanya, bila Anda menjawap soalan ni, Anda akan terdiam seketika. Bingung. Keliru. Tak tahu. Tak pasti kenapa nak memburu kejayaan.

Ada banyak sebab kenapa Anda mahu berjaya. Sebab paling kerap, Anda mahu senang. Anda mahu memiliki semua apa yang Anda mahu beli, Anda mahu pergi tempat yang Anda teringin nak pergi, Anda mahu luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang Anda minati.

Niatkan kecemerlangan Anda untuk orang sekeliling. Jadilah seorang yang mahu berbakti sebab bila Anda memasang niat sebegitu, motivasi Anda akan kekal lama. Dedikasikan tenaga Anda untuk membantu memperbaiki diri orang lain kerana Anda akan merasa amat termotivasi.

Sebagai contoh, sayangilah seseorang kerana mahu membahagiakan dirinya. Jadilah seorang pelajar cemerlang dengan niat kecemerlangan itu untuk membahagiakan hati ibu dan bapa Anda.

Jadilah seorang pekerja cemerlang supaya organisasi Anda bergerak maju ke depan hasil usaha keras Anda. Jadilah seorang bos yang membentuk pekerja-pekerjanya jadi pekerja berjaya, bukan hanya tahu memarahi kesalahan mereka.

Anda akan berjaya mengecapi kejayaan apabila Anda dedikasikan diri Anda untuk membentuk kejayaan orang lain.

Sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.

Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.

Jadilah seorang penyumbang, elakkan asyik mempersoal hak, darjat, pangkat dan maruah.

Motivasi kejayaan – dahulukan gabungan ilmu dan minda, bukan gabungan ghairah dan nafsu serakahTips motivasi – 5 jenis orang yang akan Anda jumpa dalam proses menuju kejayaanMotivasi kejayaan – kenapa Anda perlu dekatkan diri dengan orang bermotivasi Motivasi kejayaan – hidup ini membantu Anda jadi orang berjayaMotivasi kejayaan – 3 perkara membuat Anda hilang motivasiMotivasi kejayaan – kejayaan adalah sesuatu yang dicipta, bukan terjadi secara kebetulan

View the Original article

Sebuah Keluhan Menarik Ribuan Kenegatifan

Letak Di Facebook!

Apa jua situasi yang tidak menyenangkan Anda, apa jua situasi yang tidak memuaskan hati Anda, elak mengeluh. Sikap mengeluh hanya akan menarik kenegatifan. Kesannya, Anda susah untuk jadi bermotivasi.

Anda akan susah mengubah diri ke arah pemikiran positif. Mengeluh menjadikan Anda ‘mangsa’ pada situasi, bukannya ‘penguasa’ pada situasi.

Elak untuk meluah rasa tidak puas hati. Elak mengeluh pada situsi, seboleh mungkin elak dari memberitahu orang apa yang Anda keluhkan. Lupakannya. Anggap ia sebagai cabaran kemudian fokuskan pada solusi.

Sebagai contoh, jika Anda sedang di landa masalah kewangan, jangan mengeluh kerana Anda di landa masalah kewangan. Sebaliknya, fokuskan pada penyelesaian masalah.

Fikirkan apa yang Anda boleh buat untuk menyelesaikan masalah kewangan Anda, fikiran jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan masalah kewangan Anda.

Apa jua yang melanda, elakkan mengeluh..

Sebaliknya, fokuskan fikiran kepada solusi. Minta doa pada Yang Maha Esa, moga DIA kurniakan petunjuk untuk Anda menghadapi situasi tersebut. Tuhan tidak menjawap doa-doa kita, mungkin sebab jauh daripadanya, sembahyang kita entah ke mana.

Berkaitan…

Sikap negatif – 11 petanda dominan.Sikap negatif – mengubah sikap negatif kepada sikap positif3 cara bagaimana mengurangkan sikap skeptik3 langkah bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatifArtikel motivasi – hati-hati apabila mendengar perbualan negatif sebab ia meracuni. fikiran negatif, motivasi pagi, negatif, secangkir motivasi, tip motivasi diri Comments (1)

View the Original article

Saturday, May 28, 2011

Tip Motivasi – Bagaimana Membina Keluhan Positif

Letak Di Facebook!

Biasanya sikap suka mengeluh dikaitkan dengan sikap negatif. Namun apa jua yang negatif, boleh ditukar menjadi positif. Bila ada yang positf, barulah ada motivasi.

Positif sifatnya membina, negatif sifatnya memusnah.

Keluhan boleh ditukar menjadi keluhan positif. Hal ini baik untuk memperbaiki diri Anda dalam pelajaran, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan,gunanya untuk membina jati diri lebih baik.

Bagaimana untuk mewujudkan keluhan positif?

Ia terjadi apabila Anda terbuat satu kesilapan. Jangan mengeluh, sebaliknya belajar dari kesilapan. Terima kesilapan itu, fahami apa yang tak betul, kemudian buat balik dengan betul. Anda mengeluh sebab Anda buat tak berapa bagus.

Beranikan diri untuk gagal, beranikan diri buat kesilapan sebab kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaik bagi seseorang yang mahu berjaya.

Keluhan positif wujud apabila Anda merasa diri Anda tidak berasa bagus, kemudian timbul keinginan untuk buat dengan lebih bagus di lain kali.

Keluhan positif tidak perlu di lepaskan dengan mengeluarkan nafas beserta keluhan berat seperti mana Anda mengeluh tatkala ditimpa masalah atau ditimpa kesusahan. Keluhan positif cukuplah sekadar dengan mengetahui kesilapan, terima kesilapan sebab Anda buat tak berapa bagus selepas itu pasang tekad mahu buat yang terbagus di lain kali.

Anda sentiasa ada peluang membaiki diri, bezanya sama Anda nak dan tak nak saja.

Seorang juara kekal menjadi juara sebab dia belajar dari kesilapan, dialah yang paling banyak menemui kesilapan. Pernah tak Anda terfikir kenapa atlit terus menerus berlatih? Sebab mereka beranikan diri buat kesilapan supaya mereka tahu kelemahan mereka. Bila sudah tahu kelemahan, mereka akan memperbaiki kelemahan itu.

Aset utama juara adalah pengetahuannya.

Dia tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu lebih banyak dari orang lain. Sebab itulah dia kekal jadi juara.

Perbaikilah diri Anda dari sehari ke sehari. Bila bangun pagi dan sebelum tidur, pasang niat di dalam hati Anda mahu perbaiki diri Anda pada keesokan hari.

Berkaitan:

Sebuah keluhan menarik ribuan kenegatifanSebab bahaya duduk berdekatan orang berfikiran negatifMakna cinta pada Allah3 perkara perlu Anda buat apabila perbuatan baik Anda di balas dengan perbuatan jahatBagaimana fikiran menarik perkara burukTip motivasi – kawal minda Anda dengan mengawal kata-kata Anda artikel motivasi, fikiran positif, kuasa minda, minda negatif, minda positif, motivasi diri, positif, tip motivasi Comments (7)

View the Original article

Dr. Inspirasi Wajah Baru

Ingat lagi tak dengan Dr Inspirasi?

Dia adalah Orizz Rizuan atau nama sebenarnya Saiful Izzuan. Dialah blogger kacak di sebalik blog DrInspirasi.com.

Blog ini adalah sebuah blog motivasi berbahasa Melayu, memberikan artikel-artikel motivasi untuk bacaan percuma khas buat Anda. Blog motivasi Dr. Inspirasi

kini berwajah baru, masih mengekalkan latar belakang putih tapi muncul dengan header terbaru di ruang atas blognya.

Paparan terbaru yang kami nampak adalah logo Dr. Inspirasi iaitu dua helai daun berwarna hijau, yang mana kami tafsirkan sebagai inspirasi alam.

Daun adalah dari alam semesta. Alam adalah sumber inspirasi terbaik buat kita sebagai manusia. Mari sama-sama kita terjah blog Dr. Inspirasi untuk membaca artikel-artikel terbarunya.

Segalanya untuk DIAImpianmu, inspirasikuOrang lain buat duit dengan blog, Anda buat jasa dengan blogBlog motivasi iHumairaBlog motivasi kerja versi Indonesia blog motivasi, dr fadzilah kamsah, dr inspirasi, inspirasi, motivasi, tip motivasi Comments (4)

View the Original article

Motivasi Kerja – Majlis Kecil-kecilan Untuk Memupuk Motivasi Dikalangan Pekerja.

Letak Di Facebook!

Sebaik-baik motivasi adalah cinta.

Cinta yang cemana? Cinta pada Allah, cinta pada si dia, cinta pada pasangan hidup, termasuk juga cinta pada perkara yang menjadi sumber rezeki Anda iaitu kerja Anda. Bila sudah suka, semua jadi lancar saja.

Jika Anda bekerja dalam sebuah pejabat atau Anda menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi sama ada dalam sektor kerajaan atau sektor swasta, cara untuk meningkatkan motivasi adalah dengan menggunakan pendekatan cinta.

Cinta adalah sayang.

Sayang timbul dari rasa saling mengambil berat.

Rasa saling mengambil berat timbul dari sikap saling menerima, menganggap orang lain macam keluarga sendiri. Untuk meningkatkan semangat kekeluargaan, perlu ada majlis kecil-kecillan.

Majlis ini dibuat untuk suka-suka dengan tujuan utamanya mengeratkan hubungan sesama pekerja. Dalam erti kata lain, perlu ada majlis ‘makan-makan’.

Bos perlu turunkan ego, pekerja pula usah asyik bodek bos.

Bila ini berlaku, pasti bila di tempat kerja, apa tugasan pasti berjalan lancar sebab semuanya ada keinginan untuk bekerjasama. Kerja bukan lagi macam kerja, tapi menjadi satu hobi. Masalah jika ada, pasti dapat diselesaikan segera.

Sumber utama motivasi datang dari hati. Bila hati sudah menerima,sudah serasi, pasti ada motivasi.

Untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja, bos perlu memainkan peranan. Jika Anda pekerja biasa, tak ada salahnya Anda wujudkan situasi kekeluargaan di tempat kerja. Anda perlu aktif – aktif memberi semangat, aktif menegur, aktif mengambil berat.

Organisasi tempat kerja Anda akan pincang bila hati para pekerja tidak bersatu.

Motivasi kerja – membina motivasi kerja dengan memilih seseorang untuk dijadikan contoh ikutanMotivasi kerja – beza hasil kerja terdesak dengan hasil kerja yang kita seronok membuatnya. Motivasi kerja – nak berjaya dalam kerjaya kena ada kecerdasan emosiDuit sebagai motivasi kerjaMotivasi kerja – cinta pencetus motivasi kerja meningkatkan motivasi kerja, motivasi bekerja, motivasi-kerja, motivasikerja, petua motivasi kerja Comments (1)

View the Original article

Friday, May 27, 2011

Motivasi Kerja – Minta Diri Anda Dinilai Untuk Tingkatkan Motivasi Di Tempat Kerja

Letak Di Facebook!

Untuk menjadi pekerja bermotivasi, Anda perlu lihat performance Anda.

Anda perlu tahu sejauh mana kualiti hasil kerja Anda supaya Anda boleh perbaiki mana yang kurang, tambah mana yang bagus. . Dari sinilah motivasi timbul.

Jika Anda bekerja dalam sebuah tempat kerja organisasi berjawatan, ada bos dan ada penyelia, cara terbaik untuk melihat performance Anda adalah dengan bertanya dengan ketua sama ada ketua pejabat, ketua unit atau ketua bahagian di mana Anda ditempatkan untuk bertugas.

Gunakan cara bertanya. Bertanya mengenai performance Anda atau mengenai produktiviti Anda bukannya untuk Anda tunjuk rajin pada bos tapi untuk Anda tahu sejauh mana hasil kualiti kerja Anda. Gunakan 4 soalan-soalan berikut sebagai ‘approach’ untuk Anda minta dinilai..

1. “Bos, minggu ni kerja saya cemana? OK tak dari yang minggu lepas?”.
2. “Saya minta bos tolong nilaikan kerja saya ni cemana, ada peningkatan atau tidak.”
3. “Minta tolong supaya bos nilai atau perhatikan kerja saya, tegur-tegurlah aspek mana saya perlu perbaiki”.
4. “Pada pandangan bos, kerja saya minggu ni ok tak? Kalau tak OK, mana yang perlu saya OK kan?”.

Sebaik-baik orang untuk Anda minta penilaian pada hasil kerja Anda adalah dengan ketua Anda. Anda boleh minta pandangan dari rakan sepejabat tapi biarlah dengan rakan yang Anda lihat dia tu berfikiran positif.

Minta pandangan pada orang yang mahu maju, kelak nanti Anda akan dapat respon positif. Kesilapan adalah cara terbaik untuk Anda perbaiki diri kerana pekerja yang tak pernah buat silap adalah pekerja yang langsung tak buat kerja.

Andai kata Anda minta pandangan pada rakan sekerja yang hanya tahu mengkondem bos, mengkondem ketua pejabat, kaki komplen dan kaki ngumpat, Anda pun akan di kondemnya sekali. Motivasi kerja Anda akan menurun. Apa yang mereka cakap akan diserap masuk oleh minda Anda, kesannya Anda akan ingati cakapan mereka sepanjang masa. Akibatnya, Anda hilang motivasi nak bekerja.

Ada motivasi, ada energi. Ada energi, semua boleh jadi.

Motivasi kerja – tips bagiamana menjadikan diri bersemangatMotivasi kerja – pemakaian mempengaruhi motivasiMotivasi bekerja – tafsir kejayaan pada diri kita pembentuk sinar motivasi kitaMotivasi kerja – tip bagaimana meminati kerja yang Anda tak minat langsungMotivasi kerja – sebab minat atau duit? artikel motivasi kerja, kerja, motivasi kerja, motivasi-kerja, tip motivasi kerja, tips motivasi kerja Comments (2)

View the Original article

Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?

Letak Di Facebook!

Susahkah untuk berfikiran positif?

Setiap yang senang, pasti menjadi senang kerana Anda tahu caranya. Begitu juga dengan sikap berfikiran positif.

Pertama sekali, niatkan di dalam hati Anda memilih untuk jadi orang berfikiran positif.

Selepas itu, barulah terbuka jalan untuk Anda mempelajari cara untuk berfikiran positif.

Kita sebagai manusia ada sekeping hati. Niat terletak di hati. Apa yang ada di hati, itulah yang akan naik ke minda.

Bila Anda sudah berniat mahu menjadi orang berfikiran positif, usaha Anda untuk membina kepositifan diri akan dipermudahkan seolah-olah ada satu kuasa memandu pencarian Anda. Apa saja tips yang Anda cari, Anda akan jumpa tanpa banyak masalah.

Itulah permulaannya. Untuk mengatasi situasi kesusahan membentuk diri Anda menjadi insan berfikiran positif, perbetulkan niat.

Kaji sebab kenapa Anda nak berfikiran positif. Dari situ, Anda akan menemui motivasi,iaitu dorongan untuk Anda merubah diri menjadi insan berfikiran positif.

Fikir apa yang mendorong Anda mahu jadi orang berfikiran positif.

Setiap orang punya sebab tersendiri kenapa mahu jadi orang berfikiran positif, begitu juga Anda. Kebanyakan dari kita mahu berfikiran positif sebab kita mahu berjaya.

Kita pasang niat mahu jadi orang berfikiran positif kerana mahu merubah hidup.

Setiap orang berjaya dulunya orang susah juga namun mereka berjaya mengubah hidup simply sebab mereka meniatkan di dalam hati mahu merubah hidup.

Dari niat merubah hidup, mereka merubah diri menjadi orang berfikiran positif.

Jika Anda mahu merubah hidup menjadi semakin baik, mahu merubah sikap menjadi semakin baik, mahu merubah pencapaian jadi bertambah baik, ubah diri terlebih dahulu.

Jadilah orang berfikiran positif.

Lihatlah sekelumit kebaikan, walau yang terlihat adalah segantang keburukan.

artikel motivasi, artikel motivasi fikiran positif, fikiran, fikiran negatif, fikiran positif, kejayaan., minda, minda separa sedar, minda super sedar, motivasi kejayaan, motivasi minda, tip motivasi, tips fikiran positif, tips motivasi Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaiMotivasi Kini DotnetMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Motivasi Kerja

View the Original article

Mengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasi

Letak Di Facebook!

Salah seorang peminat blog-blog motivasi (namanya di rahsiakan) membandingkan blog iMotivasi ini dengan satu blog yang dia suka baca, nama blog tu adalah Langit Illahi. Langit Illahi meerupakan blog artikel-artikel keislaman diasaskan oleh Hilal Asyraf.

Kini blog itu sudah beralih tempat, juga beralih penulis. Penulis blog Langit Illahi kini bukan Hilal Asyraf seorang saja tapi dia ditemani oleh Bro Hamzah, Abu Umar, Abu Ridhwan, Ameen Misran, Tengku Fahmi, Nor Ihsan dan Muslimultimedia.

Mereka memfokus kepada penulisan artikel-artikel motivasi, artikel seputar kehidupan juga artikel-artikel motivasi Islami. Karya mereka di serikan oleh gambar-gambar menarik juga kartun-kartun, seperti yang Anda lihat di dalam buku-buku motivasi Dr Tuah Iskandar terbitan Telaga Biru.

Bagi kami di iMotivasi, fokus kami adalah untuk mengubah diri, membina peribadi. Dalam kami memperbaiki diri, kami mengajak Anda memperbaiki diri Anda.

Fokus blog Langit Illahi adalah untuk memperbaiki hubungan dengan Tuhan. Slogan utama mereka adalah ‘mari menjadi hamba‘. Artikel-artikel mereka menarik untuk dibaca, setanding dengan membaca majalah Solusi.

Fokus kami lebih kepada memperbaiki diri lalu dengan itu dapat memperbaiki hubungan dengan Tuhan, hubungan sesama manusia, hubungan dengan diri sendiri iaitu aspek spiritual.

Apa yang Anda impikan, kami berusaha membantu Anda mencapainya dengan memberikan panduan, tips serta petua-petua.

Untuk mencapai impian, Anda perlu ubah diri Anda terlebih dahulu.

Jangan pernah puas. Ubah lagi jadi semakin baik!

Motto iMotivasi dulunya adalah ubah diri, bina peribadi. Kini, motto terbaru kami adalah ‘impianmu, inspirasiku’. Tiada lain yang lebih menginspirasikan, selain memikirkan Anda, impian Anda, kejayaan-kejayaan Anda serta kebahagiaan Anda.

Syukur alhamdulillah, peluang tetap ada untuk kita memperbaiki diri dari sehari ke sehari. Gunakan peluang ini sebaiknya untuk Anda melakar masa depan lebih cerah, hidup lebih berjaya.

artikel motivasi, berani gagal, berani untuk gagal, definisi motivasi, esq motivasi, gagal, inspirasi, kem motivasi, map motivasi, modul motivasi, motivasi, motivasi kerja, motivasi map, motivasi mlm, motivasi online, program motivasi, semangat, semangat 1 malaysia, semangat melayu, tip motivasi Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaiMotivasi Kini DotnetMarah Positif Dan Marah NegatifHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi Kerja

View the Original article

Thursday, May 26, 2011

Marah Positif Dan Marah Negatif

Letak Di Facebook!

Marah perlu di alirkan.

Bagi sesetengah situasi, marah dilepaskan barulah kesalahan orang yang Anda marahi itu Anda boleh maaafkan dan lupakan.

Anda akan sukar memaafkan kesalahan seseorang kerana Anda masih tidak dapat melupakan apa yang dia buat pada Anda.

Anda perlu lepaskan kemarahan Anda pada dirinya dengan cara meluahkan atau dengan cara teguran.

Cara lain untuk melepaskan marah adalah dengan mengalirkan energi marah tu kepada perbuatan misalnya berkebun, menulis, bersukan, memandu, menyanyi, melalak, bercerita-cerita atau simply melepaskan kemarahan di depan cermin secara bersendirian, seolah-olah Anda memarahi diri sendiri.

Anda akan susah menjadi orang berfikiran positif apabila di hati Anda ada tersimpan marah.

Marah terpendam akan menjadi dendam.

Dendam jadi penghalang utama untuk Anda mempositifkan fikiran.

Comments (1)

View the Original article

iMotivasi Kini Dotnet

Letak Di Facebook!

Seperti dikatakan sebelum ini, iMotivasi kembali muncul menjengah ke skrin Anda. Motivasi yang dulunya tidak ada, kini sudah ada semula. Kami termotivasi oleh satu situasi.

Semua ini terjadi kerana Allah Yang Maha Esa.

DIA memberikan pertolongan, menemukan kami dengan insan yang memberi bantuan.

DIA mengilhamkan idea yang tak pernah kering alirannya. Syukur alhamdulillah.

Kekadang Anda jadi amat jauh darinya, dengan alasan sibuk dengan kerja, sibuk dengan keluarga, sibuk mengurus segala.

Namun hati akan mula merasa dekat padanya apabila musibah-musibah kecil melanda.

Benarlah. Musibah bukan hanya menjadi cabaran. Musibah bukan hanya sekadar permasalahan.

Ia juga adalah teguran daripada ALLAH. DIA menegur kita kerana kita sudah tidak mengingatinya.

Motivasi wujud dalam pelbagai bentuk, sama ada bentuk halus, bentuk yang baik dan bentuk yang tidak baik. Ada motivasi jenis keras. Ada motivasi jenis lembut. Kedua-duanya memberi impak yang serupa.

Kesannya, Anda akan terdorong berusaha!

Comments (0) No comments yet. Tip Motivasi TerbaruNafsu Musuh Anda, Roh Sahabat AndaJika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati AndaKenapa Kami Hilang Dua Bulan LamanyaMarah Positif Dan Marah NegatifMengubah Diri Membina Peribadi Motto Kami Di iMotivasiHari Guru Mei 2011Kenapa Anda Susah Untuk Berfikiran Positif?Motivasi Kerja

View the Original article

Kenapa Kami Hilang Dua Bulan Lamanya

Letak Di Facebook!

? Untuk Anda, kami menerangkan sebabnya di sini.

Seperti lelaki berkerjaya lain, kami juga di landa kesibukan. Inilah cabaran menjadi pekerja. Anda kena ikut arahan. Ingkar, maknanya Anda tidak ikut arahan. Maknanya Anda bukan pekerja yang baik.

Pekerja yang tidak baik adalah pekerja yang tidak ada motivasi. Tidak mahu maju.

Oleh kerana mengikut arahan ketua, kami di serang oleh kesibukan. Kali ini kami terpaksa bermalam di pejabat, terpaksa melupakan sarapan pagi sambil membaca buku motivasi.

Kami lupakan waktu makan tengahari (.. kami makan tengahari ketika orang lain sedang seronok menikmati minum petang!) serta mengurangkan masa untuk berseronok-seronok seperti menonton wayang, jalan-jalan, tidur, menonton tv, membeli-belah,menikmati bunyi ombak ditepi pantai, mahupun menikmati saat terindah bersama orang tersayang.

Bagi kami ini sudah lumrah. Berkhidmat untuk manusia, kena bersedia berkorban.

Bagi insan bermotivasi, dia akan bersedia berkorban dan terkorban bila sudah ada MINAT dan NIAT.

Ini lumrah orang yang mahu berjaya.

Kami di iMotivasi belajar dari kesilapan kerana kami manusia biasa. Dari kesilapan, sudah tentu kita dapat tahu apa yang betul.

Kini kami sudah mahir bagaimana mengendali kesibukan. Kami belajar bagaimana membahagikan masa serta bagaimana mendisiplinkan diri.

Paling penting, kami belajar bagaimana mengawal malas, menyimpannya lalu mengalirkannya. Malas tidak boleh dibuang serta merta kerana malas cuma boleh di kawal serta di alirkan ke tempat lain iaitu dengan memperuntukkan beberapa jam untuk tidur atau bersantai seketika. Bila sudah rasa segar, barulah bekerja semula.

Setiap orang yang mahu berjaya adalah sibuk.

Kenapa dia sibuk? Sebab dia memilih untuk tidak menjadi malas.

Anda bagaimana? Malaskah Anda? Seberapa malaskah Anda?

Comments (2)

View the Original article

Wednesday, May 25, 2011

Jika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati Anda

Letak Di Facebook!

Jika Anda tidak ada motivasi, itu maknanya di dalam hati Anda, ada sesuatu yang tidak kena.

Anda tidak bersemangat sebab hati Anda tidak damai, tidak tenang, gusar dan tertekan. Motivasi hanya akan ada apabila Anda tidak ada rasa gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau dendam.

Orang yang bermotivasi adalah orang yang merasa seronok melakukan setiap aktiviti yang dilakukannya.

Dia bermotivasi kerana di dalam hatinya tidak ada perasaan gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau berdendam. Yang ada hanyalah perasaan suka, riang, girang dan enjoy.

Bagaimana untuk membangkitkan motivasi?

Gembirakan diri sendiri.

Nikmati apa yang Anda lakukan, nikmati aktiviti yang Anda buat, rasai keseronokannya hingga Anda tak ingat dunia. Biar Anda syok sendiri.

Bila sudah seronok, ada motivasi.

Orang berjaya sentiasa bermotivasi kerana mereka seronok apa yang mereka buat. Aktiviti mereka banyak menjurus kepada pencapaian matlamat.

Maka, Anda perlu tahu apa yang Anda mahu capai, kemudian nikmati keseronokan dalam proses berusaha mencapai matlamat Anda itu.

Cuba ambik contoh perlawanan bola sepak. Keseronokan buat para pemain adalah ketika mereka berusaha mengejar bola, memberi bola kepada rakan sepasukan dengan matlamat untuk memasukkan bola tersebut ke gawang lawan seberapa banyak yang mungkin.

Proses menyumbatkan bola ke ruang gol pihak lawan mendatangkan keseronokan buat mereka. Sepanjang permainan, fikiran mereka tertumpu pada usaha menjaringkan gol. Setiap pemain bekerjasama untuk memastikan bola dapat dimasukkan ke gol lawan.

Inilah apa yang di maksudkan dengan ‘enjoy the process‘.

Comments (3)

View the Original article

Nafsu Musuh Anda, Roh Sahabat Anda

Letak Di Facebook!

Sebenarnya ramai di antara kita berkeinginan besar mahu jadi orang berfikiran positif sebab ramai dari kita mahu membina hidup yang jauh lebih baik dari hidup yang sekarang ini. Ramai nak mengecapi kejayaan.

Seperti Anda, jutaan orang di luar sana mahu berjaya. Kejayaan yang Anda idamkan, kejayaan sebegitulah yang mereka inginkan. Hakikatnya jalan menuju kejayaan dipenuhi cabaran.

Cabarannya, Anda akan merasa sukar mengamalkan fikiran positif. Anda akan merasa senang berfikiran negatif. Anda merasa selesa berfikiran negatif sebab ia sudah menjadi kebiasaan pada Anda.

Musuh paling ketat, paling bermaharajalela adalah diri Anda sendiri, yakni nafsu Anda.

Sahabat paling rapat, pendamping paling baik adalah roh Anda. Roh bersuara melalui ilham spontan sama seperti curahan idea. Nafsu bersuara melalui keinginan yang dinyatakan di hati, terbit di fikiran, terzahir di perbuatan.

Untuk kekal menjadi orang berfikiran positif, rajinkan diri beristighfar tiap kali Anda mula bersangka buruk.

Setiap kali Anda dapati Anda bersangka buruk pada orang di sekeliling Anda, Anda tidak yakin, sangsi atau gusar terhadap sesuatu, Anda takut perkara-perkara buruk yang bakal terjadi, istghfarlah sebab itu adalah godaan nafsu. Nafsu dipengaruhi oleh bisikan-bisikan syaitan.

Istighfar adalah lafaz meminta ampun daripada Allah kerana anda merasa diri Anda telah melakukan kesalahan atau merasa Anda alpa dek bisikan syaitan. Setiap kali melafaz istighfar, setiap kali itulah Anda merasa Anda terlepas dari satu bebanan berat. Anda merasa semakin dekat dengan Tuhan kerana Anda mengharap mahu diampunkan.

Nafsu membuat Anda jauh daripada Tuhan kerana Anda mempersoalkan apa yang bakal terjadi, dari situlah fikiran negatif muncul. Anda tidak tahu sama apa yang Anda usahakan kaan menjadi atau tak menjadi.

Sikap mempersoalkan, merasa gusar atau merasa sangsi adalah petanda Anda tidak ada ‘faith’ iaitu sikap berserah pada ketentuan Tuhan.

Orang yang berserah pada ketentuan Tuhan adalah orang positif fikirannya sebab orang sebegini sentiasa melihat kebaikan dalam apa jua keburukan. Orang yang suka mempersoalkan, mengungkit, mempertikai hak, skeptik serta bersangka buruk adalah orang berfikiran negatif sebab dia melihat keburukan dalam kebaikan.

Orang berfikiran negatif jarang ada yang berjaya. Jika ada, kejayaan yang diraih tidak berkembang. Sekejap cuma.

Orang berfikiran positif, ramai yang berjaya bahkan dia menggapai semakin banyak kejayaan.

Sikap positif membuat sesiapa saja dekat dengan kejayaan. Sikap negatif membuat sesiapa saja jauh dari kejayaan.

Sebenarnya tidak susah menjadi orang berfikiran positif. Anda cuma niatkan dalam hati mahu bersangka baik, amalkan sikap bersangka baik lalu serap sikap bersangka baik sebagai sikap kekal pada diri Anda. Pilihlah untuk menjadi orang baik hati.

Usah meninggi diri, merendahkan-rendahkan orang, riak, bongkak, mahupun merasa lebih.

Elak mentertawakan seseorang kerana kesilapannya, kerana kealpaannya juga kerana kegagalannya kerana apabila Anda buat semua tu, Anda membuka ruang untuk menjadi orang berfikiran negatif. Anda akan terjerumus ke lembah sikap negatif tanpa Anda sedari. Inilah kenapa musuh paling ketat adalah diri Anda sendiri, bukannya orang lain.

Binalah semangat kekitaan tanpa mempersoalkan siapa Anda, pangkat Anda, darjat Anda mahupun tahap pendidikan Anda. Ringankan tangan berbakti dan rajin-rajinkan diri berbuat baik.

Amalan ini baik sebagai terapi buat diri Anda dalam usaha berlatih menjadi orang berfikiran positif.

doa kejayaan, kejayaan malaysia, kejayaan nicol david, kejayaan., kerja, minda separa sedar, motivasi, motivasi diri, motivasi kejayaan, motivasi kerja, tip motivasi diri, tips kejayaan Comments (1)

View the Original article